fbpx

Australia ‘mansuh’ ilustrasi Ratu Elizabeth II pada wang kertas

SYDNEY – Australia bakal menggantikan ilustrasi Ratu Elizabeth II pada wang kertas A$5 (RM15.15) dengan reka bentuk yang menghormati budaya Orang Asli negara itu.

Menurut Bank Pusat, Reserve Bank of Australia (RBA), selepas ini tiada lagi ilustrasi Raja apda mata wang kertas Australia.

Menurutnya, pihak bank akan berunding dengan Orang Asli mengenai reka bentuk baharu yang menghormati budaya dan sejarah Orang Australia Pertama.

Australia melaksanakan sesi berkabung susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 8 September tahun lalu, tetapi beberapa kumpulan Orang Asli Australia turut memprotes kesan kemusnahan penjajah Britain pada masa itu dengan menggesa pemansuhan monarki.

Australia ialah sebuah negara raja berperlembagaan, dan demokrasi dengan Charles III sebagai ketua negaranya.

Referendum yang mencadangkan pertukaran kepada Republik ditewaskan pada tahun 1999.

Menurut bank pusat itu, keputusannya disokong oleh kerajaan Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri, Anthony Albanese, yang menyokong gerakan terhadap sebuah republik Australia.

Katanya, wang kertas baharu itu dijangka mengambil masa beberapa tahun untuk direka dan dicetak.

“Wang kertas A$5 sedia ada kekal sah walaupun selepas reka bentuk baharu itu dikeluarkan,” katanya.

Tindakan RBA itu disambut baik pergerakan republik negara itu, yang menyatakan bahawa Orang Asli Australia mendahului penempatan British selama 65,000 tahun.

Pengerusi Pergerakan Republik Australia, Craig Foster, berkata negara itu percaya pada sistem meritokrasi.

“Keputusan RBA ini adalah tindakan semulajadi untuk mengiktiraf kepentingan Bangsa-Bangsa Pertama Australia dalam kisah kita.

“Rakyat Australia berhak melihat diri mereka sendiri, dan hanya diri mereka sendiri yang ‘terpampang’ dalam Perlembagaan, sistem kerajaan dan semua simbol negara termasuk mata wang kita,” katanya.

Raja yang berpangkalan di British ‘berada’ pada wang kertas Australia sejak 1923, dan di semua wang kertas sehingga 1953, iaitu tahun pertabalan Elizabeth II. – AFP

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles