Kanak-kanak lemas, seorang lagi hilang hanyut dalam longkang

AMPANG – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui maut manakala rakannya hilang selepas hanyut dalam sebuah longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Ampang, di sini, petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 4.44 petang sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

“Setibanya anggota di lokasi mendapati dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia lapan dan 10 tahun telah hanyut dalam sebuah longkang berkedalam empat kaki.

“Dipercayai kedua-duanya ketika itu sedang bermain air di longkang, kemungkinan telah tergelincir semasa hujan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Norazam, kerja mencari dan menyelamat setakat pukul 6.30 petang telah menemui mangsa pertama namun sudah meninggal dunia.

“Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan, 10 tahun ditemui kira kira 200 meter daripada jarak dari lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa kedua, Muhammad Rizqullah Mohd Shafie, 8 tahun masih diteruskan sehingga kini,” katanya.

Norazam berkata, operasi pencarian kanak-kanak yang hilang itu bermula pukul 5.08 petang tadi, namun ditangguhkan pada pukul 8.15 malam tadi dan akan diteruskan pada esok.

Katanya, seramai kira-kira 30 anggota termasuk daripada Unit Anjing Pengesan (K9) dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) serta agensi lain terbabit dalam operasi ini.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles