fbpx

Arsenal mahu bangkit di Villa

MANCHESTER, United Kingdom: Arsenal tiada masa mengubati luka mereka selepas hilang kedudukan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Manchester City ketika Gunners menyasarkan untuk menukar empat perlawanan tanpa menang menentang Aston Villa esok.

City mesti menamatkan rentetan tanpa kalah lima bulan Nottingham Forest di City Ground jika mereka mahu mengekalkan rentak bagi mencari gelaran kelima dalam enam musim.

Kunjungan Liverpool ke Newcastle boleh mendatangkan kesan besar mengenai kelab mana yang akan menamatkan aksi di kelompok empat teratas pada penghujung musim berbanding apa yang berlaku di bawah liga apabila Leeds berkunjung ke Everton.

Rekod tanpa kalah Arsenal di laman sendiri tamat awal pagi semalam apabila City menggegarkan Emirates menerusi kemenangan 3-1 dan ke persada buat pertama kali sejak November.

Selepas hanya mencicirkan tujuh mata dalam 19 aksi awal liga, Arsenal membiarkan lapan mata terlepas dari tangan berikutan kalah di Everton dan kontroversi seri 1-1 berdepan Brentford.

“Saya ada rasa lebih percaya berbanding perlawanan sebelum ini,” kata bos Arsenal, Mikel Arteta selepas kekalahan di tangan City.

“Dengan persembahan dan tahap yang diberikan pasukan, kami ada perasaan yang kami boleh tewaskan mereka. Sehingga gol kedua kami berjaya melakukannya.

“Tapi kami memberikan mereka tiga gol dan perlawanan pada penghujungnya. Kesilapan pada tahap ini anda tidak boleh lakukan. Pada masa yang sama, pasukan meletakkan tahap yang sangat tinggi.”

City hanya mendahului berdasarkan perbezaan gol dan Arsenal masih ada satu perlawanan dalam tangan berbanding pencabar utama itu.

Kemenangan di Villa Park akan mengembalikan semangat skuad Arteta namun ada kebimbangan kelesuan dan kecederaan mula menampakkan kesan pada skuad muda itu.

Pemain tengah berpengaruh, Thomas Partey dijangka akan terlepas aksi esok berikutan kecederaan otot manakala Gabriel Jesus masih belum sembuh.

Kemenangan pertama Liverpool dalam liga pada 2023 berdepan Everton pada Isnin kembali membawa skuad Reds untuk merebut empat kedudukan teratas.

Skuad kendalian Jurgen Klopp masih perlu banyak berubah jika mahu layak ke Liga Juara-Juara buat kali ketujuh berturut-turut.

Liverpool kini sembilan mata di belakang pasukan tangga keempat, Newcastle tapi masih ada satu aksi dalam tangan berbanding Magpies dan ada peluang untuk mengurangkan mata di St. James’ Park awal pagi Ahad ini.

Kekalahan tunggal Newcastle dalam liga musim ini hanya hadir di Anfield pada Ogos.

Namun lima seri dalam enam perlawanan terakhir melambatkan usaha mereka mengejar tempat ke Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam 20 tahun. – (Sumber Bharian Online & AFP)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles