Gempa bumi Turkiye, Syria: Lagi mangsa diselamatkan selepas 12 hari

KAHRAMANMARAS – Selepas 12 hari kejadian gempa berlaku di Turkiye dan Syria, pasukan penyelamat menyelamatkan beberapa lagi mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan bangunan.

Hakan Yasinoğlu, 45, berjaya diselamatkan dari bawah runtuhan bangunan di daerah Defne, di wilayah Hatay semalam manakala seorang wanita dan dua lelaki turut ditemui masih hidup di bawah runtuhan.

Usaha menyelamat terbaru itu dilakukan ketika anggota pencarian mula membersihkan serpihan dan runtuhan bangunan di bandar yang musnah akibat gempa bumi.

Ibu kepada dua anak, Neslihan Kilic, 29, dikeluarkan dari runtuhan bangunan di Kahramanmaras, selepas terperangkap selama 258 jam, lapor agensi berita swasta DHA lewat Khamis.

Di bandar Antakya, pasukan penyelamat polis menemui kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bernama Osman, yang masih hidup selepas mengalihkan 17 mayat dari bangunan runtuh.

“Ketika harapan kami hampir berakhir, kami menemui Osman selepas 260 jam pencarian,” kata ketua pasukan penyelamat polis, Okan Tosun, kepada DHA.

Sejam selepas itu, pasukan turut menemui dua lelaki di bawah runtuhan hospital di Antakya.

Seorang daripadanya, Mustafa Avci, menggunakan telefon bimbit seorang penyelamat untuk menghubungi abangnya dan bertanyakan mengenai ahli keluarga lain.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu, mengemas kini angka kematian di Turkiye kepada 39,672, meningkatkan jumlah keseluruhan kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria kepada 43,360. – AP

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles