fbpx

Arsenal mantap, patut menang besar – Arteta

PENGURUS Arsenal Mikel Arteta memuji aksi mantap pemainnya selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Leicester City untuk terus kekal berada di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Arsenal yang menguasai keseluruhan perlawanan menyaksikan dua golnya dibatalkan dalam perlawanan tersebut.

Gol pasukan pelawat dibuka oleh Gabriel Martinelli seminit selepas babak kedua bersambung memastikan kemenangan The Gunners dalam perlawanan sengit di Stadium King Power itu.

“Saya fikir untuk tempoh masa kami menguasai bola dan jumlah peluang yang kami cipta, kami sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol.

“Apabila anda tidak melakukannya (menyudahkan peluang), maka anda perlu bekerja keras untuk bertahan melalui serangan balas lawan.

“Namun, perlawananan ini sangat hebat kerana ia adalah tempat yang sangat sukar untuk datang ke sini dan menang. Kami telah melakukannya dan ia adalah kemenangan besar,” katanya.

Leandro Trossard berpeluang untuk memecahkan kebuntuan pada separuh masa pertama, namun golnya dibatalkan selepas pertahanan Arsenal, Ben White terlebih dahulu dilihat mengasari penjaga gol Leicester, Danny Ward.

Bagaimanapun, Arteta enggan mengulas mengenai keputusan itu sebaliknya lebih menumpukan kunjungan Everton ke Emirates pada Khamis.

“Saya tidak tahu, saya tidak melihat ulang tayang. Keputusan sudah dibuat, apa yang boleh kami lakukan?

“Kami berfikir tentang perlawanan seterusnya, Liga Perdana adalah sangat sukar. Perlawanan seterusnya kami akan menentang Everton.

“Kami perlu membuat persediaan dengan sangat baik, bermain dengan baik dan menjadi sangat dominan dalam permainan untuk mendapatkan kemenangan,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles