fbpx

Lelaki penggal kepala, kerat badan bapa, kekal ke tali gantung

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas seorang penganggur kerana membunuh bapanya dengan memenggal kepala serta mengerat badan mangsa kepada enam bahagian dengan menggunakan parang, lima tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan You Poh Khoon, 57, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.

“Tidak ada apa-apa keterangan yang mematahkan keterangan saksi pendakwaan ke-15 (doktor psikiatri, Dr A Ian Llyod), jadi keterangan itu wujud dan sepatutnya diterima.

“Oleh itu, mahkamah mendapati sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi (Ipoh) adalah selamat, rayuan perayu (Poh Khoon) ditolak. Perayu masih ada peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan,” kata Hakim Kamaludin yang bersidang bersama Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Azman Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Poh Khoon didakwa membunuh bapanya You Su Kim ketika itu berumur 74 tahun, antara jam 3 petang pada 8 Oktober 2018 hingga 10.30 pagi, 9 Oktober 2018, di dalam rumah di Khatan Baru Chemor, Ipoh, Perak, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pada 24 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Poh Khoon selepas didapati bersalah membunuh bapanya.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki berkenaan membunuh bapanya dengan memenggal kepala dan mengerat badan mangsa kepada enam bahagian selepas berang ditegur ketika menghisap dadah di dalam rumah mereka.

Kepala warga emas itu ditanam di belakang rumah mereka, manakala bahagian badan pula dibuang ke lubang pembentungan sedalam 1.52 meter. (Sumber Sinar Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles