fbpx

Australia : Kes influenza melonjak 100 kali ganda di Australia

CANBERRA: Kes influenza di Australia mencatatkan peningkatan 100 kali ganda, pada Januari dan Februari lalu.

Berdasarkan data Jabatan Kesihatan, sebanyak 8,453 kes selesema direkodkan sepanjang dua bulan pertama 2023, berbanding hanya 79 kes bagi tempoh sama, tahun lalu.

Sebanyak 2,700 daripada angka itu adalah kanak-kanak berusia 14 tahun ke bawah, menyumbang hampir satu pertiga daripada keseluruhan kes terbabit.

Lonjakan itu dikaitkan dengan peningkatan perjalanan antarabangsa, selain orang ramai pulang daripada percutian di hemisfera utara.

Lebih 220,000 kes selesema membabitkan 308 kematian direkodkan di Australia pada 2022, dengan kedua-dua angka itu adalah rekod tertinggi sejak sekatan COVID-19 pada 2019, menyebabkan kes menurun pada 2020 dan 2021.

Lebih separuh kes terbabit adalah remaja berusia 16 tahun ke bawah yang dirawat di hospital, tahun lalu.

Beberapa kerajaan negeri tahun lalu, memberikan vaksin influenza secara percuma, namun tidak mengumumkan atau mengulangi skim itu, bertujuan melindungi sistem kesihatan daripada berdepan lonjakan kes.

Naib Presiden Royal Australian College of General Practitioners, Dr Bruce Willett, berkata orang ramai wajar mempertimbangkan untuk menerima vaksin selesema apabila pelalian itu tersedia mulai pertengan Mac ini.

“Biarpun selesema berpunca akibat perubahan bermusim, namun ia cenderung berlaku ketika akhir musim sejuk dan berterusan sepanjang tahun.

“Ia boleh menjadi penyakit ketara dan berisiko mengancam nyawa kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah,” katanya seperti dilaporkan akhbar Nine Entertainment, hari ini. – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles