fbpx

Abang tembak mati adiknya berusia 16 bulan

WASHINGTON: Seorang bayi lelaki berusia 16 bulan maut ditembak abangnya yang berumur lima tahun di sebuah pangsapuri dekat Lafayette, Indiana, semalam.

Polis dalam kenyataan berkata, insiden membabitkan Isiah Johnson itu adalah kejadian terkini membabitkan kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS), tahun ini.

Katanya, mayat bayi dengan kesan luka tembakan itu ditemui susulan laporan mengenai kejadian terbabit di lokasi kejadian yang terletak 96 kilometer di utara Indianapolis, Selasa lalu.

Ketika kejadian, seorang individu dewasa dan dua kanak-kanak itu berada di dalam pangsapuri terbabit.

“Detektif dan Jabatan Polis Lafayette mendapati bayi terbabit ditembak abangnya yang memiliki akses kepada senjata di apartmen berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Kapten Brian Phillips dari Jabatan Polis Lafayette, berkata siasatan bagi menentukan pemilik senjata terbabit sedang dijalankan, selain memaklumkan tiada tangkapan dibuat setakat ini. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Media tempatan pula melaporkan, individu di luar pangsapuri itu menghubungi pegawai kecemasan dan bayi terbabit disahkan maut ketika apabila pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian.

Data daripada kumpulan advokasi, Everytown for Gun Safety, melaporkan hampir 100 kes tembakan tidak disengajakan membabitkan kanak-kanak, mengakibatkan 25 kematian manakala 39 lagi cedera di AS, tahun ini.

Pejabat Koroner Daerah Tippecanoe yang menjalankan proses bedah siasat semalam, mengenal pasti punca awal kematian bayi akibat kesan tembakan.

Semalam, polis berkata, hasil siasatan akan dihantar ke Pejabat Pendakwa Daerah Tippecanoe bagi menentukan sama ada sebarang pertuduhan perlu difailkan, sejurus dokumen berkenaan siap sepenuhnya. – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles