fbpx

Masalah darah tinggi, Rahim Maarof dirawat di ICU

PETALING JAYA – Anak penyanyi rock legenda Rahim Maarof, Jasmin Rayhan mengesahkan bapanya tidak koma atau berdepan serangan angin ahmar atau strok seperti dilaporkan.

Katanya, bapanya ditempatkan di  Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sungai Buloh, Selangor, sejak Khamis lalu berikutan tekanan darah tinggi.

“Buat pengetahuan semua ayah saya memang dimasukkan ke hospital, tetapi bukan disebabkan strok mahu pun koma. Dia ada masalah darah tinggi.

“Tahap kesihatannya hari ini nampak semakin memberangsangkan dan doktor memintanya berehat supaya cepat pulih.

“Jika keadaan ayah bertambah baik, saya difahamkan dia akan dipindahkan ke wad biasa. Sekarang masih di ICU untuk pemantauan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, Jasmin meluahkan rasa terkilan apabila berita tidak sahih yang menyatakan bapanya koma mengejutkan saudara-mara, rakan dan ahli keluarga terdekat.

“Sebenarnya ada banyak salah informasi serta tajuk berita yang kurang tepat mengenai keadaan ayah saya.

“Sebagai wakil keluarga, saya akan berkongsi perkembangan terkini mengenai kesihatannya supaya tidak lagi timbul berita mengelirukan.

“Bagi ruang kepada kami untuk memahami situasi yang berlaku sebelum berkongsi berita tidak pasti terutama pada bulan Ramadan yang mulia ini.

“Diharapkan anda semua dapat maklumat daripada sumber yang tepat serta jangan sebar khabar palsu,” katanya lagi.

Begitupun, Jasmin, 29, menegaskan tidak menuding jari kepada sesiapa apabila tercetusnya kekeliruan berhubung penyakit sebenar bapanya itu.

“Mereka yang kenal bapa saya pun tahu dia seorang yang sangat menjaga kehidupan peribadi dengan rapi selain tidak berkongsi hal privasi kepada umum.

“Jadi saya tak salahkan sesiapa. Bagi saya tiada ahli keluarga terdekat juga perlu disalahkan dalam hal ini,” kongsi wanita berusia 29 tahun itu.

Katanya, bagi mengelakkan fitnah media dan peminat boleh mengikuti perkembangan kesihatan ayahnya yang dikongsi menerusi Instagram @jaszyray.

Jasmin juga tidak ketinggalan menzahirkan rasa terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus mendoakan kesejahteraan bapanya.

Terdahulu, penyanyi berusia 68 tahun itu didakwa mengalami koma selepas menjalani pembedahan akibat serangan angin ahmar, hari ini.

Rahim yang aktif dalam arena seni suara sejak 1975  cukup popular dengan rangkaian lagu malar segar seperti, Jangan Kau Rayu, Usang, Cinta Kristal, Istana Menanti dan Shakila. – (Sumber KOSMO! ONLINE)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles