fbpx

Pasukan futsal pekak Malaysia sasar empat terbaik di Tehran

IPOH – Pasukan futsal orang pekak Malaysia yang akan berkunjung ke Kejohanan Futsal Pekak Asia Pasifik di Tehran, Iran bermula 29 April depan, menyasarkan muncul antara empat pasukan terbaik bagi membolehkan terpilih menyertai Futsal Pekak Dunia di Brazil pada November 2023.

Pasukan futsal Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) itu berkeyakinan dapat terpilih antara pasukan terbaik berdasarkan dua rekod pencapaian sebelum ini.

Pengurus pasukan futsal pekak Malaysia, Mohd. Yusri  Abdul Ghani berkata, pasukan berkenaan sebelum ini berjaya menduduki tempat ke-5 dalam Kejohanan Futsal Pekak Asia Pasifik 2019 di Thailand.

“Pada Oktober tahun lalu pasukan ini berjaya pula muncul juara dalam Kejohanan Sukan Pekak Asia Tenggara yang diadakan di Kuala Lumpur setelah mengalahkan beberapa pasukan dari negara-negara serantau,” katanya.

Mohd.  Yusri menambah, pada masa ini sebanyak 13 pemain pasukan futsal pekak Malaysia sedang giat menjalani latihan intensif di Manjung di  sini sejak 26 Mac lalu.

Menurutnya berdasarkan latihan di bawah kendalian jurulatih bertauliah, pasukan futsal pekak Malaysia diyakini dapat menyasarkan antara empat pasukan terbaik dalam kejohanan di Tehran yang bermula 29 April hingga  10 Mei depan.

“Kita sedang meneliti sebarang kelemahan setiap pemain dan akan memperbaikinya.

“Semangat setiap pemain sentiasa tinggi walaupun latgihan diadakan dalam bulan puasa dan mereka akan terus berlatih sebelum ke Tehran,” katanya.

Beliau berkata, latihan bukan sekadar tertumpu kepada kecergasan, malah melibatkan teknikal dan taktikal dalam menjaringkan gol.

“Kita juga sedang meneliti corak-corak pemainan pasukan lawan seperti dari  Iran sendiri  melalui rakam video sedia ada.

“Melalui rakaman video itu, kita harap dapat melihat apa jua kelemahan dan kekuatan pasukan lawan selain mengetahui kekuatan serta kelemahan sendiri,” katanya.

Selain itu, Mohd.  Yusri berkata, MSDeaf sentiasa mengalu-alukan sokongan  semua pihak terutama syarikat swasta dalam memberi sokongan dan bantuan agar hasrat pasukan futsal pekak Malaysia menyertai kejohanan di Tehran menjadi realiti.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles