fbpx

Diana Danielle dapat hak penjagaan sementara sehingga 30 Mei depan

SHAH ALAM: “Ini bukan soal menang atau kalah, sebaliknya mahu keadilan untuk anak-anak. Selanjutnya, boleh tanya peguam saya,” demikian kenyataan aktres Diana Danielle, 32, berhubung sebutan kes hadanah iaitu hak penjagaan dua cahaya matanya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pagi ini.

Diana enggan mengulas secara terperinci berkata, dia hanya mahu menyelesaikan hak penjagaan anak-anak dengan baik.

“Alhamdulillah, sebutan hari ini berjalan dengan baik. Saya tidaklah mahu bercakap secara terperinci, cuma mendoakan yang terbaik.

“Dan diharapkan kita boleh membuat kesimpulan dan penyelesaian,” katanya.

Bertanya keadaan Aurora, Diana juga enggan mengulas lebih lanjut bagi menjaga privasi anaknya.

“Alhamdulillah, saya melindungi privasinya. Saya tak mahu cakap banyak,” katanya.

Bertanya keadaan Aurora, Diana juga enggan mengulas lebih lanjut bagi menjaga privasi anaknya.

“Alhamdulillah, saya melindungi privasinya. Saya tak mahu cakap banyak,” katanya.

 Sementara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Diana berkata, hak penjagaan sementara diberikan kepada Diana dilanjutkan sehingga 30 Mei depan.

“Kedua-dua peguam sudah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan melalui mahkamah semua isu berkaitan mereka. Nampaknya ada harapan sebab pihak sebelah lagi memberi kemahuan untuk berbincang.

“Jadi, kami ada proses sulh pada 11 April depan, tetapi sebelum itu, insya-Allah kami akan berbincang. Kami akan rekod jika ada persetujuan. Selepas itu, kami teruskan untuk membubarkan perkahwinan di Mahkamah Petaling Jaya.

“Sekarang ini hak penjagaan interim masih lagi di bawah Diana. Hakim sudah memberikan lanjutan hak penjagaan hingga 30 Mei depan.

“Kalau ada persetujuan lebih awal, kami akan memohon kepada mahkamah supaya boleh merekod dan membubarkan perkahwinan dengan segera,” katanya.

Bertanya permintaan Muhammad untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman Farid di Kedah, Akberdin berkata, pihaknya akan berbincang terlebih dahulu sebelum memutuskannya.

“Kami sedang berbincang dengan peguam Farid dan akan mempertimbangkan semua ini. Kami akan membuat persetujuan setakat mana yang boleh seperti hak lawatan dan membawa ke Kedah, kemudiannya akan membuat perjanjian untuk perkara berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Diana dan Farid tiba di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, bagi sebutan kali pertama kes hadanah iaitu hak penjagaan dua anaknya.

Lebih 30 pengamal media pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi untuk membuat liputan.

Hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles