Pelakon BK Nair anjur pertunjukan World Sari Day Malaysia kumpul dana persatuan sindrom down

KUALA LUMPUR: Pelakon BK Nair, 40, tampil menganjurkan pertunjukan fesyen World Saree Day Malaysia (WSDM) dalam usaha mengumpul dana Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) dengan mengetengahkan model dari kalangan golongan berkenaan yang memakai sari

Beliau dengan nama sebenarnya Tryambikay Vengades, yang juga pelakon Ratu The Movie itu baru-baru ini berkata, pada majlis itu dia juga mahu memperkenalkan keunikan pakaian tradisional wanita India iaitu sari kepada masyarakat.

“Apa yang lebih menarik, pertunjukan fesyen sari ini turut membabitkan 10 anak sindrom down dan siapa sangka mereka juga pandai bergaya dan ‘catwalk’ di atas pentas.

“Saya rasa puas hati dan gembira kerana dapat melihat mereka tersenyum dan gembira beraksi bagi memenuhi impian menjadi model yang kebiasaannya membabitkan golongan selebriti.

“Malah yang membuatkan saya teruja adalah kutipan dana untuk PSDM mencapai sasaran dan hasrat mahu terus memperkenalkan kepelbagaian jenis sari juga tercapai,” kata Pengarah syarikat Bkay Nair Resources (BNR) itu yang masih solo selepas bercerai pada 2018.

Mengulas lanjut, beliau mengakui sumbangan terhadap acara amal itu belum membanggakan, namun bercadang untuk meneruskannya pada masa akan datang.

BK Nair tidak menolak kemungkinan pertunjukan fesyen yang membabitkan golongan sindrom down boleh dijadikan program tahunan dengan skala lebih besar.

Tambah beliau, acara itu turut mempamerkan 30 jenis sari yang berbeza dan gaya lilitan di 30 negeri di India sebagai cara untuk mendidik orang ramai tentang keunikan dan fakta menarik tentang sari.

“Terdapat pelbagai jenis di India dengan berbeza material, reka bentuk, dan gaya yang dipakai dan kami memilih untuk mendidik tentang warisan budaya sari kerana terdapat banyak fakta menarik mengenainya.

“Penyertaan komuniti sindrom down sebagai model turut dapat meningkatkan pembangunan diri mereka.

“Sumbangan yang diberikan oleh WDSM kepada PSDM adalah untuk membantu mendapatkan peralatan tambahan, perbelanjaan latihan kerjaya vokasional dan peralatan bagi membantu ahli persatuan menjadi usahawan yang berdikari dan berjaya dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, program amal itu disokong oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN), Kelab Bharat Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Tinggi India dengan objektif untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dan mendidik mereka tentang keunikan sari serta menyalurkan sumbangan kepada PDSM bagi menampung perbelanjaan mereka.

Turut hadir oleh Pesuruhjaya Tinggi India, Bommireddy Narasimha Reddy.

Pada majlis itu turut dipersembahkan tarian khatak tradisional yang unik juga dipersembahkan oleh Pusat Kebudayaan India Netaji Subhash Chandra Bose (NSCBICC) di mana para penari menceritakan kisah melalui mata dan ekspresi mereka. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles