fbpx

Covid 19 – Saintis China dakwa berasal dari manusia

TAIPEI: Saintis China mendakwa virus Covid-19 kemungkinan berasal daripada manusia dan bukan daripada haiwan seperti tular sebelum ini.

Tong Yigang dari Universiti Teknologi Kimia Beijing berkata, pihaknya mengambil sampel urutan genetik virus yang diambil dari Pasar Makanan Laut Huanan di Wuhan dan dianggap sebagai tapak sifar asas wabak itu.

Malah, katanya, sampel itu didapati hampir sama dengan pesakit yang dijangkiti coronavirus yang menunjukkan bahawa Covid-19 mungkin berasal daripada manusia.

Yigang yang bercakap dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Majlis Negara China berhubung penyelidikan mengenai asal usul virus itu berkata, lebih 1,300 sampel haiwan alam sekitar dan beku diambil di pasaran di antara Januari hingga Mac 2020.

Malah, penyelidik menga­singkan tiga jenis virus daripada sampel persekitaran.

Yigang juga berkata belum ada bukti yang mencukupi untuk menyokong kajian terbaharu yang mencadangkan anjing racoon adalah punca virus Co­vid-19.

Bercakap dalam sidang akhbar yang sama, penyelidik Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China, Zhou Lei, menggesa kerjasama saintifik global dalam mengesan asal usul virus itu dengan mengatakan bahawa tapak di mana Covid-19 pertama kali ditemukan tidak semestinya di mana ia berasal.

Malah, dia menyangkal teori kebocoran makmal yang meng­akibatkan virus tersebar.

China pada masa lalu dikritik hebat kerana menghalang penyi­asatan antarabangsa me­ngenai asal usul virus itu.

Awal minggu ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, mereka masih tidak mempunyai data penting dari China tentang permulaan wabak itu dan kekurangan pendedahan mengenainya.

Bagaimanapun, China berulang kali menegaskan ia telus dan bekerjasama dengan WHO. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles