fbpx

Kanak-kanak ‘ceroboh’ masuk Pagar White House

‘Penceroboh cilik’ didukung pegawai USSS UD di hadapan pagar White House. – Gambar Sumber Kosmo Online

WASHINGTON – Seorang kanak-kanak kecil mencetuskan kekecohan selepas dia menyusup masuk melalui gerigi pagar ke pekarangan White House yang mengakibatkan ejen Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) dikerah ke lokasi kejadian, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Pegawai Bahagian Beruniform Perkhidmatan Rahsia AS (USSS UD) yang diamanahkan menjaga keselamatan White House melintasi Halaman Utara untuk mendapatkan kanak-kanak itu dan mempertemukan dia semula dengan ibu bapanya di Pennsylvania Avenue.

Akses ke kompleks itu turut dihadkan seketika ketika pegawai membawa budak yang hilang itu kepada penjaganya.

Pegawai kemudian menyoal siasat ibu bapa kanak-kanak berkenaan sebelum membenarkan mereka meneruskan perjalanan.

Jurucakap USSS UD, Anthony Guglielmi berkata, pegawainya bertemu dengan kanak-kanak lelaki itu di pagar utara White House.

“Sistem keselamatan White House serta-merta mencetuskan tindakan USSS UD dan kanak-kanak itu segera disatukan semula dengan ibu bapanya,” katanya dalam satu kenyataan. (Sumber Kosmo Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles