fbpx

Penduduk kampung Sungai Leman beraya dengan air tercemar

Penduduk menunjukkan bekas tong air keruh dan berkeladak dekat rumahnya di Kampung Sungai Leman, Sekinchan, di Sabak Bernam, Selangor (Sumber gambar Utusan Malaysia Online).

SABAK BERNAM: Lebih 300 penduduk Kampung Sungai Leman, Sekinchan di sini, rungsing dengan bekalan air keruh seperti ‘teh O’ yang dihadapi mereka sejak awal sambutan Aidilfitri, Sabtu lalu.

Keadaan itu menimbulkan kesulitan terutama mengenai tahap kebersihan air dan terpaksa menggunakan air mineral ketika musim perayaan ini.

Penduduk, Shahrin Azhar, 31, berkata terkejut melihat perubahan warna air itu yang keruh dan berkeladak ketika menadahnya pada tong di tandas dan masalah yang berlarutan sejak lima hari lalu itu dikesan pada tengah hari awal Syawal.

“Saya kemudian cuba mencuci tong itu dan menggunakan penapis air di luar rumah. Namun, warna air itu tetap sama biarpun pada awalnya kelihatan jernih, ketika membuka paip,” katanya ketika ditemui.

Bagi peniaga makanan, Atikah Nakmat, 33, masalah itu menyebabkan penduduk terpaksa bergantung kepada air mineral untuk kegunaan harian dan minuman.

“Saya juga perlu membeli air itu bagi penyediaan kuih peneram yang dijual di Pasar Sekinchan. Kos yang diperuntukkan berjumlah RM60 sehari dan saya berisiko menanggung kerugian jika keadaan ini berterusan,” ujarnya.

Warga emas, Surati Tamiran, 68, pula berkata, penduduk turut bimbang sekiranya air berkenaan tercemar dan tidak selamat digunakan.

“Jika tidak selamat, kami berisiko menghidap masalah kesihatan antaranya batuk dan sakit kerongkong. Selain itu, masalah air keruh menyebabkan kebanyakan baju yang dicuci bertukar kekuningan.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berwajib menyelesaikan segera masalah berkenaan terutama keluarga yang mempunyai bayi dan kanak-kanak.

Sementara itu, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara berkenaan dalam tempoh terdekat. – (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles