fbpx

Perkhidmatan Monorel Melaka bakal dihidupkan semula

MONOREL Melaka terbiar sejak sektor pelancongan terjejas akibat Covid-19.

MELAKA: Perkhidmatan Monorel Melaka di Taman Rempah dekat sini yang terbengkalai sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dihidupkan semula sebelum sambutan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, kerajaan negeri bakal menyelesaikan segala masalah yang wujud sebelum produk pelancongan itu kembali beroperasi.

Menurutnya, perkhidmatan monorel itu merupakan antara salah satu projek terbengkalai yang telah dikenal pasti dan kini dalam proses pengambilalihan semula daripada syarikat yang menguruskannya sebelum ini.

Katanya, beliau difahamkan kes monorel tersebut kini dalam proses mahkamah untuk diselesaikan secepat mungkin.

“Saya akan dapatkan laporan penuh kedudukan perkhidmatan monorel sepanjang 2.5 kilometer ini untuk kembali beroperasi semula dan berharap semua masalah dapat diselesaikan sebelum TMM 2024.

“Saya difahamkan ia masih dalam proses penyelesaian di mahkamah antara syarikat yang mengendalikan perkhidmatan monorel dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Kita akan lihat daripada sudut perundangan bagaimana kita hendak menguruskannya supaya kita pastikan, wang rakyat tidak dibazirkan begitu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Anugerah Projek, Program Terbaik dan Anugerah Kajian Penilaian Outcome Terbaik di sebuah hotel di Banda Hilir di sini, hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, sejak PKP pertama dilaksanakan, Monorel Melaka yang mula beroperasi pada 2010 dengan kos RM16.5 juta itu tidak lagi dilihat bergerak menyusuri Sungai Melaka dan Kampung Morten.

Tinjauan mendapati, dua gerabak kini tersadai di stesennya di Persimpangan Tun Ali, manakala kaunter menjual tiket ditutup tanpa sebarang notis ditampal.

Monorel berkenaan mengalami situasi menyedihkan sejak beroperasi apabila sebanyak 22 kali perkhidmatannya terhenti sepanjang 2011, selain dua insiden mencemaskan melibatkan 20 penumpang terperangkap dalam gerabak pada 2010. – (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles