fbpx

Kugiran Masdo bakal buat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas

Kugiran Masdo bakal mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas Julai nanti

PETALING JAYA: Kugiran Masdo yang ditubuhkan sejak 2015 melakar sejarah tersendiri apabila berpeluang mempersembahkan sebuah konsert istimewa bernuansakan muzik dari era 60an di lokasi berprestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

Konsert yang bakal berlangsung pada 22 Julai depan, turut dianjurkan sempena DFP menyambut keraian sempena 25 tahun penubuhannya di Menara Berkembar Petronas.

Konsert itu merupakan langkah berterusan DFP menghargai bakat-bakat seni dan memberikan mereka platform sejajar dengan matlamat penubuhan untuk menghidangkan muzik pelbagai genre bagi menarik semua lapisan masyarakat.

Persembahan di DFP yang dianggotai oleh Ali Ariah selaku vokalis, Putu Ceri (bass, vokalis) dan Asmawi (gitaris,vokal latar) pasti mencatat satu lagi sejarah di lokasi yang boleh memuatkan 920 penonton pada satu masa, serta dewan konsert yang mempunyai tahap akustika yang tinggi.

Penubuhan Kugiran Masdo diinspirasikan daripada filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Do Re Mi, manakala muzik mereka banyak dipengaruhi oleh kugiran era 1960an seperti A Ramlie & The Rhythm Boys, The Siglap Five dan The Wonders, serta era 2000an seperti The Last Shadow Puppets dan The Changcuters.

Kugiran Masdo melahirkan single pertama bertajuk Bunga pada 2016, dalam masa dua bulan, muzik video single ini mendapat lima juta tontonan dalam YouTube.

Album perdana mereka dilahirkan pada 2017 bertajuk Selamat Tinggal Pujaan mengandungi lapan lagu termasuk Bunga, Ratu Hati and Malam Pesta Rock & Roll sehingga mencatat jualan sebanyak 10,000 unit.

Single kedua mereka, Dinda, diedarkan pada 2019 dan mendapat sejuta tontonan dalam YouTube pada bulan pertama. Dinda turut tercalon dalam Anugerah Juara Lagu 34 pada 2020.

Lagu ini menduduki tempat kedua dalam senarai 50 lagu tular dalam digital platform Asia. Penangan lagu ini memuncak pada 2021 apabila menjadi tular di Indonesia dengan 46 juta muat turun dalan aplikasi TikTok.

Kugiran Masdo melahirkan album kedua bertajuk Jalan Abbey pada 2019. Rakaman album ini telah dijalankan di studio tersohor Abbey Road Studios di London.

Pada 2021, kumpulan ini melahirkan single keempat, Janji Manis dengan jumlah tontonan 700,000 di YouTube. Lagu ini menjadi tular di Indonesia dengan lapan juta muat turun di aplikasi TikTok.

Seterusnya, single Dewi Puspita diedarkan pada tahun sama dengan penerbitan muzik video hasil kerjasama dengan CENDANA Malaysia.

Kugiran Masdo melebarkan sayap ke Singapura melalui konsert di The Esplanade dan The Star Theatre serta Indonesia melalui siri konsert jelajah ke Bandung, Bekasi dan Jakarta, serta persembahan di Wonogiri Festival. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles