fbpx

Tewaskan Real Madrid, Manchester City ke perlawanan akhir Liga Juara-juara

Pemain Manchester City meraikan kejayaan menewaskan Real Madrid

MANCHESTER: Pep Guardiola berkata, bintang-bintang Manchester City sudah membuktikan sesuatu selepas membelasah Real Madrid 4-0 untuk layak ke final Liga Juara-Juara Eropah bertemu Inter Milan.

Bernardo Silva meledak dua gol pertama City di Stadium Etihad sebelum Manuel Akanji dan Julian Alvarez melengkapkan kemenangan pada aksi timbal balik separuh akhir itu.

Ia kemenangan yang cukup manis buat anak buah Guardiola selepas mereka disingkirkan oleh Real pada peringkat sama tahun lalu. Pada perlawanan itu, City dibolosi dua kali di akhir permainan sebelum tewas dalam masa tambahan.

Guardiola percaya, kemenangan mutlak ke atas juara bertahan itu akan menutup mulut pengkritik yang menganggap anak buahnya tidak mempunyai cukup karakter sebagai juara Eropah.

“Saya rasa kami menanggung derita selama setahun. Apa yang berlaku musim lalu, hari ini berjaya ditebus.

“Tahniah kepada semua dalam organisasi kami, pengerusi, pemilik, sehingga kepada orang terakhir kerana mereka bekerja keras untuk matlamat utama dan kami mencapainya!” kata Guardiola.

City menang 5-1 secara agregat dan mengekalkan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu di landasan musim yang cemerlang.

Mereka mampu memenangi gelaran liga dengan menewaskan Chelsea pada Ahad ini, berdepan Manchester United di final Piala FA pada 3 Jun dan terbang ke Istanbul menentang Inter untuk memburu trofi Liga Juara-Juara Eropah sulung mereka. – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles