fbpx

Penstrukturan baru ekonomi bakal diperkenalkan ‘Padu’ seawalnya Januari

Penstrukturan ekonomi akan dibuat apabila padu beroperasi seawalnya Januari – Rafizi Ramli

PUTRAJAYA – Rakyat negara ini tidak lagi dilihat mengikut tiga kumpulan pendapatan iaitu B40, M40 dan T20 tetapi akan dinilai kepada pendapatan boleh belanja bersih isi rumah.

Perkara itu antara beberapa langkah penstrukturan ekonomi akan dibuat tidak lama lagi apabila Pangkalan Data Utama (Padu) beroperasi seawal-awalnya Januari tahun depan.

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, segala maklumat perihal corak dan trend semasa perbelanjaan bersih isi rumah akan menentukan pendekatan kerajaan dalam isu subsidi.

“Sebelum ini ramai tidak puas hati apabila misalnya T20 atau M40 boleh isi petrol RON 95, namun kita mungkin tidak tahu dia ada tanggungan ramai dan komitmen hutangnya besar.

“Justeru, saya jangka pelaksanaan Padu mulai awal tahun depan membolehkan kerajaan membina program dan skim inisiatif subsidi yang lebih adil,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, pengelasan mengikut gaji dipertikaikan banyak pihak kerana ia tidak menggambarkan secara adil gaya kehidupan seseorang yang tidak tetap.

“Sehubungan itu, kerajaan akan beralih dasar sosio ekonomi yang tidak lagi berasaskan amaun pendapatan dan data Padu bakal menentukan polisi subsidi lebih jelas.

“Selain itu, sistem maklumat bersepadu itu akan menentukan hala tuju adil penstrukturan subsidi sektor tenaga serta bahan bakar diesel dan RON 95,” katanya. – (Sumber KOSMO! Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles