fbpx

Konsert solo bersama orkestra beri impak berbeza ketika persembahan – Anuar Zain

Anuar Zain mengimpikan konsert solo diiringi orkestra

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Anuar Zain mengidamkan sebuah kon­sert solo diiringi pemain mu­zik orkestra kerana ia memberikan impak berbeza ketika menjayakan persembahan.

Penyanyi lagu Sedetik Lebih ini berkata, sudah menjadi impian buat ramai penyanyi menga­dakan sebuah konsert berskala besar melibatkan puluhan pemain instrumen dan sepasukan orkestra.

“Hampir setiap penyanyi me­ng­inginkan sebuah konsert de­ngan penglibatan 70 hingga 80 pemain muzik dalam kumpulan orkestra.

“Apabila ada ramai pemuzik yang mengiringi persembahan penyanyi, ia akan mencetuskan perasaan berbeza pada audiens,” katanya.

Anuar berkata, setiap pemain instrumen akan mengeluarkan ‘aura’ mereka tersendiri sekali gus menyalurkan energi kepada penyanyi di atas pentas.

“Kalau ada 100 pemuzik bermakna anda (penyanyi) akan menerima 100 ‘vibes’ dan energi tersebut akan disalurkan kepada penonton.

“Sebab itu, kita selalu rasa meremang bulu roma apabila menyaksikan sesebuah konsert. Konsep persembahan seperti ini yang selalu saya impikan,” jelasnya.

Anuar berkata demikian sele­pas dijemput sebagai penyanyi undangan semasa konsert amal Flourishes 2023: Seri Puteri Symphonic Winds Royal Concert di Panggung Sari, Istana Budaya, baru-baru ini.

Semasa konsert tersebut, Anu­ar mempersembahkan tiga lagu sambil diiringi 82 pemain orkestra yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua hingga lima pelajar Sekolah Seri Puteri (SSP).

Orkestra Simfonik Wind Seri Puteri (SPWinds) bertujuan me­­ngumpul dana untuk menerus­kan legasi kecemerlangan pa­su­kan itu ke pertandingan In­ter­national Orchestra Festival and Competition Golden Sardana di Barcelona, Sepanyol pada 12 hingga 17 September nanti.

Bagi merealisasikan hasrat ter­sebut, Yang Dipertua Persatu­an Ibu Bapa dan Guru SSP, Datuk Wan Jamaludin Wan Malek berkata, dana yang perlu dikumpulkan ialah RM900,000.

Jelasnya, setakat ini pihak­nya berjaya mengumpulkan RM300,000 hasil jualan tiket dan masih memerlukan dana sebanyak RM600,000 lagi.

“Kita akan membawa seramai 70 pelajar dan 10 guru SSP ke Barcelona kerana harga tiket pada September nanti juga agak mahal,” katanya.

SPWinds ialah sebuah pasukan wind orkestra yang ditubuhkan pada 1976 di SSP, Cyberjaya. – (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles