fbpx

Shasha dikecam kekal imej tidak bertudung selepas tunai umrah

KARIER dalam dunia hiburan sebagai pelakon mahupun penyanyi tidak dapat lari daripada kecaman dan skeptikal khalayak.

Baru hendak mengenal sepak terajang sebagai anak seni, pelakon yang sedang meningkat naik, Shasha Abedul mengakui, dia juga harus mempersiapkan diri untuk situasi yang mungkin lebih teruk pada masa depan.

Shasha Abedul dikecam selepas masih tidak bertudung selepas pulang dari umrah

Baru-baru ini, gara-gara masih mengekalkan imej tidak bertudung ketika baru pulang mengerjakan umrah, dia juga dikecam hebat.

Lebih teruk, kecaman tersebut datang daripada ahli keluarga terdekat sendiri.

Ditanya mengenai skeptikal orang terhadap penampilannya, Shasha tidak cepat melatah dan lebih mengetahui tindakan yang perlu diambil.

“Tidak perlu ambil kata-kata netizen, keluarga saya pun ada yang bercakap macam-macam.

“Bagi saya, Tuhan tahu tujuan dan niat saya. Dia mengetahui apa yang perlu diubah atau dilakukan.

“Yang penting saya harus betulkan dalaman terlebih dahulu sebelum luaran,” tuturnya yang berada di Tanah Suci sepanjang Ramadan sehingga Hari Raya Aidilfitri April lalu.

Pelakon drama Seindah Kasih itu menceritakan bagaimana terdetiknya hasrat untuk menyambut raya di negara luar, terutama di Tanah Suci.

“Niat untuk mengerjakan umrah pada bulan puasa tahun lalu tercetus apabila saya ambil cuti selama sebulan untuk fokus beribadah.

“Semuanya bermula dengan niat sahaja, tahu-tahu Allah permudahkan untuk pergi pada tahun ini,” kata aktres berusia 27 itu.

Berkongsi perasaan sepanjang berada di sana selama satu bulan, pelakon berusia 27 tahun itu menyedari banyak berbezaan yang tidak pernah terfikir olehnya selama ini.

“Malaysia lebih fokus dengan hari raya manakala orang Mekah sangat menitikberatkan soal ibadah puasa.

“Budaya memang berbeza tetapi pengalaman yang saya rasai sangat menyeronokkan,” ujarnya.

Sepanjang berada di Mekah, Shasha menggunakan sebaik-baiknya peluang yang ada untuk beribadah dan memohon agar segala khilaf dan dosa yang dilakukan diampunkan Allah. (Sumber Kosmo! Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles