fbpx

Kelewatan pihak bertanggungjawab penduduk baiki jalan rosak sendiri

KOTA BHARU: Kelewatan pihak bertanggungjawab membaiki jalan raya yang rosak menyebabkan penduduk nekad dan mengambil inisiatif sendiri dengan menampal permukaan jalan yang berlubang di Kampung But, Ketereh di sini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk, Jamilah Abdul Hamdi, 69, ini bukan kali pertama penduduk menampal sendiri jalan raya yang rosak kerana sebelum ini sudah ada penduduk yang mengambil inisiatif menampalnya dengan menggunakan serpihan bata.

Bagaimanapun, katanya, tampalan itu tidak bertahan lama dan akan kembali rosak kerana jalan raya berkenaan sibuk dan merupakan laluan utama penduduk untuk ulang-alik ke tempat kerja mahupun menghantar anak ke sekolah.

Seorang penduduk meratakan batu yang disumbangkan oleh orang ramai untuk menutup permukaan jalan rosak di Kampung But, Ketereh (Sumber gambar – Utusan Malaysia Online)

“Memandangkan jalan ini sudah lama rosak, ada penduduk mengambil inisiatif menyumbangkan batu dan menampal sendiri jalan yang rosak untuk keselesaan penduduk kampung yang menggunakan jalan raya ini.

“Jadi, hari ini, saya hanya menyambung kerja meratakan batu yang terkeluar bagi memudahkan kenderaan yang melalui kawasan ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semenentara itu, seorang lagi penduduk, Mohd. Resdi Samat, 71, berkata, jalan raya berkenaan sudah lama rosak dan berlubang, namun, tiada sebarang tindakan dilakukan oleh pihak berwajib menyebabkan ada penduduk yang mengeluarkan duit poket sendiri menyumbangkan batu-batu kecil untuk menampal jalan tersebut.

Katanya, keadaan jalan yang berlubang bukan sahaja membahayakan pengguna, malah menyebabkan kerosakan kenderaan.

“Kami sangat berterima kasih kepada penduduk kampung yang menyumbangkan batu serta membantu menampal sendiri jalan yang rosak dengan serpihan batu-bata.

“Tindakan ini dilakukan oleh penduduk selepas mendapati tiada tindakan segera diambil oleh pihak yang terlibat membaiki kerosakan berkenaan, sedangkan ia boleh membahayakan pengguna jalan raya,”katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seramai 200 penduduk Kampung But, Ketereh di sini berdepan ‘penderitaan’ apabila terpaksa menggunakan jalan rosak setiap kali mahu melakukan urusan harian.

Dakwa mereka, keadaan tersebut sudah berlarutan sejak setahun lalu dan situasi itu bertambah parah akhir-akhir ini apabila ada dalam kalangan penduduk hampir menjadi mangsa kemalangan. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles