fbpx

Perkahwinan diraja Jordan antara Putera Hussein dan Rajwa Al Saif 1 Jun

Amman: Majlis perkahwinan diraja Jordan, Putera Mahkota Hussein akan menjadi tumpuan dunia, pada 1 Jun ini.

Untuk itu, kerabat diraja seluruh dunia akan hadir meraikan hari bersejarah Putera Hussein bersama pasangannya, wanita Arab Saudi, Rajwa Al Saif.

Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania dari Jordan, ibu bapa pengantin lelaki bersedia menjadi tuan rumah wakil daripada sekurang-kurangnya tujuh monarki asing.

Lebih banyak lagi akan mengesahkan kehadiran menjelang hari berkenaan.

Tetamu diraja yang mengesahkan kehadiran terbaharu ialah Raja Philippe dari Belgium yang turut disertai anak perempuan dan pewarisnya, Puteri Elisabeth, yang sedang belajar di Universiti Oxford, United Kingdom.

Seorang lagi puteri mahkota yang bersedia hadir ke majlis bersejarah diraja itu ialah Puteri Catharina-Amalia dari Belanda yang akan menyertai ibu bapanya Raja Willem-Alexander dan Ratu Maxima.

Putera Mahkota Hussein bakal berkahwin dengan Wanita Arab Saudi Rajwa Al Saif

Selain itu, Ratu Margrethe II dari Denmark, yang menghadapi masalah kesihatan sejak awal tahun ini, akan diwakili anak lelaki dan menantunya, Putera Mahkota Frederik dan Puteri Mahkota Mary.

Puteri Jepun Takamado, yang mendiang suaminya adalah sepupu bekas Maharaja Akihito, akan hadir bersama anak perempuannya Puteri Tsuguko.

Putera Sebastien dari Luxembourg turut menerima jemputan.

Timbul spekulasi mengenai siapa yang mungkin mewakili Keluarga Diraja British pada majlis berkenaan.

Apa yang pasti, adik beradik kepada Putera Hussein akan menghadiri majlis itu iaitu Putera Hashem, 18, Puteri Salma, 22 dan Puteri Iman, 26.

Suami Puteri Iman, Jameel Alexander Thermiótis, juga dijangka menyertai mereka.

Menurut kenyataan istana, majlis perkahwinan akan diadakan di Istana Zahran di sini.

Bagi meraikan perkahwinan diraja ini, satu konsert percuma turut akan diadakan di Stadium Antarabangsa Amman, pada esok.

Timbul spekulasi mengenai siapa yang mungkin mewakili Keluarga Diraja British pada majlis berkenaan.

Apa yang pasti, adik beradik kepada Putera Hussein akan menghadiri majlis itu iaitu Putera Hashem, 18, Puteri Salma, 22 dan Puteri Iman, 26.

Suami Puteri Iman, Jameel Alexander Thermiótis, juga dijangka menyertai mereka.

Menurut kenyataan istana, majlis perkahwinan akan diadakan di Istana Zahran di sini.

Bagi meraikan perkahwinan diraja ini, satu konsert percuma turut akan diadakan di Stadium Antarabangsa Amman, pada esok.(Sumber KOSMO! Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles