fbpx

Karim Benzema bakal berhijrah ke kelab Al-Ittihad

MADRID: Penyerang Perancis, Karim Benzema membe­ritahu Real Madrid bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu selepas menerima tawaran lumayan untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al Ittihad.

Kelab Arab Saudi itu dilaporkan bersedia untuk menyerahkan Benzema yang berumur 35 tahun dengan kontrak bernilai 86 juta pound (RM493 juta) setahun untuk meninggalkan pasukan La Liga itu.

Tawaran itu juga terma­suk bayaran tambahan sebagai duta Arab Saudi yang akan membuat bidaan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030 serta kediaman di kawasan kejiranan persendirian.

Karim Benzema memnbayangkan akan meninggalkan Real Madrid

Tawaran lumayan itu dipercayai membuatkan Benzema tergoda dan penyerang ­Perancis tersebut telah memaklumkan kepada kelab bahawa dia mahu meninggalkan pasukan pada pintu perpindahan akan datang.

Biarpun Al Ittihad bukanlah kelab yang menonjol, mereka mempunyai pemain ternama seperti bekas bintang Leeds dan Wolverhampton, Helder Costa dan pemain pertahanan West Brom, Ahmed Hegazy.

Selain itu, kelab berkenaan juga berjaya menewaskan Al-Nassr iaitu kelab yang diwakili bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, untuk merangkul gelaran Liga Pro Saudi musim ini dengan kelebihan lima mata.

Benzema telah menikmati tempoh selama 14 tahun yang sarat dengan trofi di ibu negara Sepanyol itu, memenangi 24 penghormatan utama pada masa itu.

Sambungan kontrak terbarunya tamat pada penghujung Jun, walaupun Benzema dikatakan telah bersetuju dengan perjanjian baharu dengan Real.

Perjanjian ini sepatutnya menyaksikan dia kekal di kelab itu untuk musim 2023-2024, walaupun tidak jelas sama ada dia telah menandatangani butiran akhir kontrak baharunya. – (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles