fbpx

Perkahwinan Raja Mahkota Jordan meriah dihadiri keluarga diraja seluruh dunia

PETALING JAYA – Putera Mahkota Jordan, Hussein bin Abdullah yang juga anak sulung Raja Abdullah II dan Ratu Rania melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Rajwa al-Seif di Amman, Jordan semalam.

Sambutan tersebut diadakan di Istana Zahran di Amman iaitu lokasi yang menjadi perkahwinan bonda serta ayahandanya kira-kira 30 tahun lalu.

Putera Hussein yang merupakan pewaris takhta Jordan melangsungkan perkahwinan dengan Rajwa selepas bertunang pada Ogos lalu.

Rajwa yang juga warga Arab Saudi kelihatan cantik mengenakan gaun warna putih.

Wanita warga Arab Saudi itu mempunyai darah diraja kerana ibunya sebahagian daripada keluarga Al Sudairi iaitu keluarga pemerintah Arab Saudi dan Rajwa merupakan sepupu kedua Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman.

Majlis perkahwinan Putera Mahkota Jordan, Hussein bin Abdullah dan Ratu Rania

Menerusi video-video dikongsikan pada akaun Instagram rasmi Royal Hashemite Court, pasangan pengantin baharu tersebut turut dibawa berarak menuju Istana Al Husseiniya dengan kedua-duanya melambai tangan kepada rakyat Jordan yang sedia menunggu di sekitar jalan raya menyambut kedua-dua mempelai.

Dalam pada itu, Ratu Rania menerusi Instagram mendoakan kedua-dua pasangan tersebut mengharungi alam rumah tangga.

“Semoga Tuhan memberkati kalian berdua dan memenuhi rumah kalian dengan cinta dan kebahagiaan,” ujarnya.

Terdahulu, perkahwinan diraja itu turut dihadiri jemputan raja-raja dari negara lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Selain itu, turut kelihatan ialah pewaris takhta Britian, Putera William dan isterinya, Kate Middleton. – (Sumber KOSMO! Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles