fbpx

Rakyat Malaysia hilang di Chiang Mai sejak minggu lepas

PETALING JAYA – “Anakku.. baliklah ke sisi saya, ibu sangat merindui awak”.

Itulah ungkapan seorang wanita warga Malaysia, Zhu Caiyun apabila anak perempuannya, Angie Chona Sum Yee, 22, gagal dijejaki ahli keluarganya sejak lima hari lalu.

Menerusi hantaran Zhu Caiyun di Facebook, anaknya yang bekerja di sebuah syarikat jualan langsung di Kuala Lumpur, pergi ke Thailand atas urusan kerja pada 29 Mei.

Walau bagaimanapun, ibu mangsa yang menetap di Johor Bahru berkata, kali terakhir Angie aktif di aplikasi WhatsApp adalah pada pukul 10 malam, Khamis lalu.

“Saya kenal anak saya, sesibuk mana pun dia mesti dia akan balas mesej atau sekurang-kurangnya baca. Tetapi dia tidak membalas atau membaca sebarang mesej dihantar.

 “Saya sudah hubungi majikan Angie untuk memastikan sama ada dia bergerak bersama kumpulan syarikat atau tidak.

Rakaman cctv lobi hotel dipecayai kali terakhir Angie kelihatan

Tetapi majikannya berkata Angie bergerak seorang diri. Terdapat pekerja daripada syarikat sama akan menemui Angie ketika di Thailand,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Tambah Zhu Caiyun, lokasi terakhir Angie adalah di Chiang Mai ekoran dia ada memuat naik beberapa keping gambar di sekitar Chiang Mai, daerah Mae Sai, Chiang Rai, termasuk kawasan pintu sempadan antara Mae Sai dan Myanmar.

Ujarnya, gambar itu dimuat naik Angie di Facebook peribadinya sebelum beliau hilang tanpa dikesan.

“Setakat ini, laporan polis telah dibuat di Malaysia dan Thailand. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta tampil membantu pihak berkuasa menjejakinya,” katanya.

Dalam pada itu, berita kehilangan Angie turut mendapat perhatian menyeluruh daripada warga dan media Thailand.

Antaranya yang mendapat perhatian ramai adalah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lobi hotel di mana lokasi Angie dilihat buat kali terakhir.

Di dalam video berkenaan, kelihatan Angie bersama seorang wanita berpakaian putih sebelum kedua-duanya hilang menaiki motosikal. – (Sumber KOSMO! Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles