fbpx

Malaysia bakal jadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia 2023

KUALA LUMPUR – Penganjuran Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia ke 4 dengan Malaysia sebagai tuan rumah dari 23 September hingga 7 Oktober 2023,  kini dalam peringkat akhir persiapan.

Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Ong Shin  Ruenn memberitahu, pihaknya kini bertungkus-lumus untuk menyedia dan menguruskan pelbagai kemudahan bagi menerima kedatangan 22 pasukan bola lelaki pekak dari seluruh dunia dan 10 pasukan bola sepak wanita pekak.

Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) Ong Shin Ruenn

Di samping itu, MSDeaf  juga giat mendapatkan tajaan serta kerjasama pelbagai pihak bagi merealisasikan kejohanan berkenaan yang setaraf dengan kejohanan bola sepak dunia anjuran FIFA.

“Semuanya berjalan lancar dan sehingga kini lebih 50 peratus persiapan telah dibuat.

“Masih ada yang perlu dilakukan lagi dan MSDeaf sentiasa memohon agar semua pihak sama ada badan kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus memberikan kerjasama,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Shin Ruenn memberitahu, beberapa pihak swasta yang prihatin juga telah tampil membantu MSDeaf bagi merealisasikan kejohanan berkenaan.

“Syarikat  Mitsubishi sebagai contoh telah memberikan sumbangan yang amat kami hargai.

“Begitu juga dengan XOX, sebuah jenama kad sim. XOX dipilih menjadi telco rasmi untuk kejohanan ini,” katanya.

Dalam pada itu, kata Shin Ruenn, lebih 150 sukarelawan telah mendaftarkan diri untuk membantu MSDeaf sepanjang kejohanan tersebut.

Pemain MSDeaf bersemangat menghadapi pasukan Jepun

Menurutnya, kebanyakan sukarelawan itu adalah penuntut universiti tempatan yang kelak akan diberi kursus bahasa isyarat terlebih dahulu secara percuma.

“Kursus bahasa isyarat ini penting kerana mereka akan menyelia dan berdepan serta menyelesaikan pelbagai permasalahan apabila berhadapan dengan atlet-atlet pekak dari seluruh dunia.

Menjawab pertanyaan, Shin Ruenn memberitahu, sebanyak 14 padang bola dan stadium akan diguna sepanjang kejohanan termasuk Stadium Cheras.

Jelasnya, lain-lain lokasi termasuk Stadium MBPJ, Stadium Universiti Malaya, Stadium Universiti Putra Malaysia dan beberapa lokasi lain lagi.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles