fbpx

Power Root melabur RM2.66j bersama Sappe untuk lebarkan sayap ke Thailand

KUALA LUMPUR: Power Root Bhd memeterai perjanjian pelaburan bersama Sappe Public Company Limited (SAPPE) untuk memanfaatkan kekuatan dalam sektor pembuatan, pemasaran dan pengedaran Power Root ‘Frenché Roast’ dengan memasuki pasaran kopi segera Thailand.

Kerjasama itu memerlukan Power Root membekalkan bahan mentah dan pembungkusan ‘Frenché Roast’ kepada SAPPE, yang kemudiannya akan diedarkan ke pusat sentuhannya di seluruh Thailand.

Di bawah perjanjian pelaburan bersama, Power Root dan Sappe akan melabur 20 juta baht (RM2.66 juta) modal kerja.

Projek itu disasarkan siap pada penghujung 2024, di mana kedua-dua pihak akan membentuk usaha sama dengan Power Root Bhd akan memiliki 60 peratus ekuiti manakala SAPPE memegang baki 40 peratus.

Pengilang yang berpangkalan di Thailand itu memperoleh 30 peratus jualan daripada pasaran domestik, dengan 70 peratus lagi daripada eksport global merentasi Asia, Eropah, Asia Barat dan Amerika Syarikat (AS).

Pada masa yang sama, perjanjian turut menyaksikan Power Root dilantik sebagai pengedar eksklusif produk Sappe Mogu Mogu di Malaysia.

 Pengerusi Bersama Power Root, Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj, berkata kerjasama ini gabungan kuat dua kuasa besar dalam industri minuman Asia Tenggara untuk merebut peluang yang luas di Thailand dan Malaysia.

“Kami melihat potensi besar untuk pasaran kopi berkembang di Thailand dan menyedari bahawa kami perlu mempunyai rakan kongsi tempatan yang baik serta memahami pasaran domestik yang lebih baik daripada kami.

Tak Keong, Tengku Azman Shah, Piyajit dan Anak pada majlis memeterai perjanjian pelaburan antara Power Root dan SAPPE

“Malaysia adalah pasaran terbesar dan kami mahu meningkatkan lagi pendapatan luar negara. Pada masa yang sama, kami berbangga kerana Power Root juga memperoleh keyakinan Sappe untuk mengedarkan produk utamanya, Mogu Mogu di Malaysia,” katanya pada sidang media di majlis pemeteraian perjanjian itu di sini, hari ini.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Power Root, Wong Tak Keong dan Ketua Pegawai Eksekutif Sappe, Piyajit Ruckariyapong.

Ia disaksikan oleh Tengku Azman Shah dan Ketua Pegawai Kewangan SAPPE, Anak Lapsuksatit.

Sementara itu, Piyajit berkata syarikat optimis dengan kerjasama bersama Power Root, kerana ia berdasarkan nilai sejajar untuk menyokong gaya hidup sihat dengan memperkenalkan minuman inovatif dan berkualiti tinggi,

“Kejayaan SAPPE setakat ini adalah kehebatan pembuatan kami, rangkaian pengedaran yang kukuh dan pemasaran agresif yang memenuhi sasaran pasaran kami, khususnya Mogu Mogu.

“Mogu Mogu berjaya diedarkan di 98 negara termasuk Korea Selatan dan Perancis serta mempunyai 26 perisa minuman di seluruh dunia,” katanya.

Tak Keong pula berkata, perjanjian antara kedua-dua syarikat itu membabitkan perkongsian kepakaran pemasaran, bekerjasama dalam strategi pasaran eksport dan penyelesaian masalah.

“Kami boleh belajar daripada pengalaman SAPPE dan mula meninjau untuk mengeksport produk kami,” katanya. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles