fbpx

Ronaldo akan bayar Georgina RM500,000 sebulan seumur hidup jika berpisah

LONDON: Bintang bolasepak, Cristiano Ronaldo akan membayar teman wanitanya, Georgina Rodriguez RM500,000 setiap bulan untuk sepanjang hayatnya, jika pasangan itu berpisah.

Model berusia 29 tahun itu sudah bersama bintang Al Nassr sejak 2016 dan memiliki dua anak bersama iaitu Alana Martina dan Bella Esmeralda.

Rodriguez turut menjadi ibu kepada tiga lagi anak mereka iaitu Cristiano Ronaldo Jnr serta dua kembar, Eva dan Mateo yang dilahirkan menerusi ibu tumpang.

Pasangan itu dikecualikan daripada undang-undang Arab Saudi yang tidak membenarkan pasangan tidak berkahwin untuk tinggal serumah selepas Ronaldo membuat keputusan berhijrah ke negara itu, awal tahun ini.

Cristiano Ronaldo dan Georgino Rodriguez serta anak-anak

Walaupun tidak berkahwin namun menurut TV Guia, mereka sudah memiliki perancangan bagi memastikan Georgina mendapat bantuan kewangan jika kedua- duanya berpisah.

Difahamkan, perjanjian itu adalah menukar pemilikan rumah keluarga di Madrid kepada Georgina selain dia turut menerima RM500,000 setiap bulan untuk sepanjang hayatnya.

Alimoni bulanan itu adalah disebabkan Georgina menjadi ibu kepada lima anak Ronaldo dari aspek undang-undang walaupun bukanlah anak kandungnya.

Sebelum ini, pasangan itu dikatakan sudah berpisah pada bulan lalu namun ibu Ronaldo, Dolores membuat kenyataan umum mengenai hubungan anaknya dan menyifatkan khabar angin itu sebagai palsu.

“Setiap pasangan pasti bertengkar namun apa yang ditulis itu adalah satu pembohongan.” –(Sumber Sinar Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles