Yusof Haslam lega kemelut rumah tangga Syamsul, Puteri Sarah berakhir dengan baik

PETALING JAYA – Penerbit Datuk Yusof Haslam lega apabila kemelut rumah tangga antara anaknya, Syamsul Yusof dengan menantu, Puteri Sarah Liyana Kamaruddin berakhir secara baik.

Katanya, diharap kedua-dua insan disayanginya itu tidak lagi menaruh sebarang dendam, selain
mencari kebahagiaan masing-masing.

“Hidup perlu diteruskan, jangan menoleh ke belakang lagi. Carilah bahagia, bersihkan jiwa dan hati dalam melayari kehidupan.

Faisal Halim mengawal bola dalam aksi persahatan menentang kepulauan Solomon

“Sebenarnya apa yang berlaku tidak boleh kami komen lagi, mereka bercerai dengan baik demi anak-anak. Itu buat saya lega,” katanya menerusi balasan Whatsapp kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, Yusof sekadar berserah kepada Allah andai jodoh Syamsul dan Puteri Sarah kembali bertaut.

“Mereka bercerai talak satu. Jika ditakdirkan mereka bersatu semula, itu hanya Allah yang tentukan,” ulasnya ringkas.

Yusof Haslam berpesan pada Syamsul dan Sarah jangan simpan dendam, cari kebahagiaan masing-masing

Sebagai orang tua, sutradara berusia 69 tahun itu turut menaruh harapan Syamsul terus melaksanakan tanggungjawab terhadap dua permata hatinya, Syaikhul,6, dan Summayah, 4.

“Saya berharap Syamsul bertanggungjawab pada anak-anaknya,” kata Yusof lagi yang memaklumkan tidak tahu prosiding pengesahan perceraian antara Syamsul dengan Puteri Sarah berlangsung pada pagi semalam.

Baginya, walau ikatan antara Syamsul dan Puteri Sarah sudah terlerai, menantunya itu tetap sebahagian daripada keluarga mereka.

Sebaliknya, pemilik rumah produksi Skop Production itu hanya memaklumkan Syamsul pun sudah lama tidak berhubung dengannya.

Kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah berakhir semalam apabila pasangan sensasi terbabit sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu di hadapan hakim syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Syarie Akmallluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu yang berjumlah dua kali dengan kali pertama pada 9 Mei 2015, namun pasangan itu kembali rujuk pada hari sama. – (Sumber KOSMO! Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles