fbpx

Mizz Nina selamat bernikah

PENYANYI Mizz Nina berkongsi berita gembira memaklumkan selamat mendirikan rumahtangga bersama lelaki yang dikenali sebagai Essam Muhammad.

Majlis pernikahan pemilik nama Shazrina Azman, 43, itu diadakan secara tertutup dipercayai berlangsung di luar negara yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.

“Saya baru-baru ini selamat bernikah bersama suami dalam majlis yang dihadiri keluarga dan teman rapat,” katanya yang mendedahkan berita gembira itu dalam hantaran di laman Instagram miliknya pada Khamis.

“Allah adalah sebaik-baik perancang, dan telah menulis bab kehidupan kita ini dengan begitu indah.

Mizz Nina selamat bernikah dengan Essam Muhammad dalam satu acara tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat

“Alhamdulilah, dengan restu ibu bapa kami berdua dapat menyempurnakan separuh lagi agama masing-masing,” katanya yang turut memuatkan foto bersama suaminya yang berpakaian serba putih.

Katanya, beliau teruja mereka berkongsi matlamat, aspirasi yang sama dalam usaha dakwah.

Sementara itu, Mizz Nina berkata, mereka akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan secara tertutup tidak lama lagi.

“Kami bersyukur kepada Allah, dan menghargai sokongan, kasih sayang dan doa anda,” katanya. (Sumber Sinar Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles