Bekas pengendali Harimau Malaya, B Satianathan meninggal dunia

PETALING JAYA: Arena bola sepak negara berdepan kehilangan besar apabila bekas pengendali skuad Harimau Malaya dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B. Satianathan meninggal dunia.

Pengendali berpengalaman itu meninggal dunia hari ini, dan telah disahkan oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj.

Sathianathan pernah membimbing pasukan ATM, Selangor, Kelantan dan Sarawak United

“Berehatlah dengan aman, Anna. Anda telah berjuang dengan baik,” tulis Chris ringkas dalam ciapannya mengenai pemergian Satia di Twitter.

Satia yang terkenal sebagai pengkritik yang selalu mengeluarkan kenyataan pedas dan kontroversi pernah mengendalikan beberapa pasukan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Selangor, Kelantan dan juga Sarawak United. Beliau juga pernah mengendali pasukan kebangsaan bawah 23 tahun dan juga Harimau Malaya pada 2009. – (Utusan Malaysia Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles