fbpx

Penyanyi Sinead O’Connor meninggal dunia

DUBLIN: Penyanyi kelahiran Ireland, Sinead O’Connor, 56, meninggal dunia selepas diumumkan oleh ahli keluarganya pada petang Rabu.

Bagaimanapun, punca kematian penyanyi yang terkenal dengan single Nothing Compares 2 U tidak didedahkan.

O’Connor memeluk Islam pada 2018 dan menukar namanya kepada Shuhada Sadaqat. Bagaimanapun, dia tetap menggunakan nama asalnya setiap kali menjayakan persembahan.

Penyanyi yang lahir di Glenageary, Dublin pada Disember 1966 membesar dalam keadaan susah sejak zaman kanak-kanak.

O’Connor yang bergelar aktivis ini mengeluarkan album pertama pada 1987 hingga mengungguli carta 40 teratas di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sinead O Connor atau  Shuhada Sadaqat kehilangan anak lelakinya berusia 17 tahun, Shane O Connor tahun lalu

Lagu Nothing Compares 2 U yang diterbitkan pada 1990 berjaya menembusi carta utama dunia sehingga dinobatkan sebagai single nombor satu dunia oleh Billboard Music Awards.

Sepanjang karier bergelar anak seni, O’Connor pernah menghasilkan 10 album studio antara 1987 hingga 2014.

Penerbit filem Belfast, Kathryn Ferguson antara individu terakhir yang sempat bercakap dengan arwah sebelum kematiannya.

Kongsinya, hatinya begitu luluh selepas mengetahui berita tersebut, apatah lagi dia sedang menghasilkan sebuah filem dokumentari mengenai arwah berjudul Nothing Compares yang akan ditayangkan Sabtu ini.

“Filem ini adalah surat cinta kepada O’Connor. Ia dihasilkan selama bertahun-tahun mengenai dirinya yang membesar sebagai seorang gadis remaja di Ireland sehingga memberikan impak dalam dunia muzik.

“Dia adalah seorang pemuzik yang paling radikal dan luar biasa yang pernah dilahirkan. Kami sangat bertuah memilikinya,” katanya.

Media sosial turut dibanjiri ucapan penghormatan terhadap penyanyi itu.-(Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles