fbpx

Haga Beras Vietnam, Thailand Cecah paras tertinggi kerana larangan eksport India

HANOI: Harga beras di wilayah Delta Mekong, Vietnam melonjak pada minggu lalu ke tahap tertinggi yang dicatatkan dalam tempoh 10 tahun lalu, berikutan tindakan India melarang eksport beras putih bukan basmati, baru-baru ini.

Harga gred beras Vietnam lima peratus pecah pada 27 Julai melonjak ke tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini, iaitu AS$550 – AS$575 (RM2,500 – RM3,470) setiap tan, menandakan harga tertinggi sejak 2011.

Hanya seminggu sebelum itu, gred beras yang sama dijual pada harga sekitar lebih sederhana, iaitu AS$515 – AS$525 (RM2,334 – RM2,380) setiap tan, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA).

Jabatan Am Kastam Vietnam melaporkan bahawa purata harga eksport beras Vietnam untuk enam bulan pertama 2023 mencecah AS$539 (RM2,443) setiap tan, menunjukkan peningkatan 10.2 peratus yang luar biasa, berbanding tempoh yang sama pada 2022.

Pengeksport di Vietnam memantau dengan teliti keadaan dan menjangkakan kenaikan harga selanjutnya bagi beras, berikutan keputusan India untuk menyekat eksport berasnya.

Harga beras di Vietnam naik mendadak iaitu AS$550 – AS$575 (RM2,500 – RM3,470) setiap tan harga tertinggi sejak 2011

Larangan India terhadap eksport berasnya, yang dikeluarkan pada 20 Julai, bertujuan memastikan kesediaan beras domestik yang mencukupi pada harga yang berpatutan.

India menyumbang lebih 40 peratus daripada eksport beras dunia dan inventori yang rendah dengan pengeluar lain bermakna pengurangan penghantaran boleh menaikkan harga makanan yang sudah meningkat akibat pencerobohan Russia di Ukraine tahun lalu.

Akibatnya, harga beras India sendiri melonjak kepada AS$445 – AS$450 (RM2,017 – RM2,039) setiap tan, mencatatkan rekod tertinggi dalam tempoh lima setengah tahun lalu.

Kesan larangan eksport India terhadap harga beras tidak terhad kepada pasaran antarabangsa, sebaliknya ia turut menjejaskan pasaran domestik dengan ketara di Vietnam.

Menurut Persatuan Makanan Vietnam, peningkatan harga beras tempatan berlaku secara mendadak.

Selain itu, Filipina, antara negara pengeluar beras utama di rantau ini, turut menghadapi masalah bekalan kerana hasil tanaman merosot akibat kesan cuaca kering, El Nino.

Indonesia pula mengumumkan akan mengimport dua juta tan beras bagi hadapi kemungkinan kemarau akan menjejaskan penghasilan padi kali ini. – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles