fbpx

SPM 2023 bermula 5 Disember 2023 hingga 7 Mac 2024

Kuala Lumpur: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan bermula pada 5 Disember tahun ini hingga 7 Mac 2024.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi hantaran di Facebook rasmi hari ini memaklumkan Ujian Amali Sains dijadual pada 5 hingga 7 Disember, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 8 hingga 11 Januari manakala Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 17 hingga 23 Januari, tahun depan.


Jadual Waktu peperiksaan SPM 2023 disusun dengan mengambilkira bilangan hari bersekolah serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri

Ia diikuti Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 29 Januari seterusnya Ujian Bertulis dijadual pada 30 Januari hingga 7 Mac.

“Jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2023 mengambil kira setiap perkara termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.

“Sila layari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan muat turun Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023,” menurut kenyataan. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles