fbpx

Tiba Masa, kesinambungan lagu hijau keluar selepas 30 tahun

BERPENGALAMAN lebih empat dekad dalam industri muzik tanah air tentunya membuka ruang buat Datuk Zainal Abidin untuk melihat sendiri ‘peradaban’ industri ini.

Pernah berada dalam band, selain mencipta fenomena sebagai penyanyi solo, Zainal hadir dengan pelbagai karya yang mampu menembus tembok perkauman di Malaysia dan diterima pelbagai bangsa.

Kini, Zainal hadir dengan buah tangan terbaharu berjudul Tiba Masa yang dilancarkan secara rasmi pada 4 September depan.

“Tiba Masa adalah kesinambungan selepas 30 tahun lagu Hijau. Waktu itu saya bercakap dan memberi nasihat mengenai kesedaran, jadi sekarang adalah masa menuai hasil daripada nasihat itu.

“Liriknya menitipkan mesej mengenai perdagangan, peperangan, tempat berteduh, pembangunan, pusaka alam dan harta dunia,” katanya mengenai lagu ciptaan Michael Veerapan dan lirik oleh Mukhlis Nor itu.

Menurut Zainal, Tiba Masa adalah satu lagi karya yang dihasilkannya untuk rakyat Malaysia, yang mana diselitkan dengan pelbagai elemen.

Lagu Tiba Masa adalah kesinambungan lagu Hijau selepas 30 tahun lagu

“Sudah tiba masanya untuk kita buktikan diri kita dalam bidang muzik. Dalam masa 10 hingga 20 tahun akan datang, kita semua akan sama dari segi jumlah populasi mengikut kaum. Sekarang kita kena bendung perasaan untuk mengasingkan diri dari segi bangsa dan keagamaan,” katanya.

Katanya, muzik juga menjadi medium terbaik untuknya mendekati masyarakat.

“Sekarang saya rasa perkara yang paling kuat memberi pengaruh dan perlu diberi kesedaran adalah kehidupan rakyat yang harmoni. Tak boleh bezakan sebab ia akan merosakkan negara. Muzik adalah ‘kenderaan’ yang baik untuk saya sampaikan kepada setiap rakyat. Syaratnya lagu itu sendiri kena bagus,” katanya.

Selain lagu terbaharu itu, Zainal juga bakal tampil dengan Konsert Tiba Masa Zainal Abidin di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 30 September depan.

“Saya pilih Istana Budaya kerana ia sesuai untuk muzik pop dan rock antarabangsa. Kebanyakan peminat dan penonton konsert saya adalah mereka yang sudah dewasa dan ada posisi masing-masing dalam kerjaya.

“Mereka nak duduk ketika menonton dan bukan nak berdiri di zon rock seperti lokasi lain. Jadi, saya kena sesuaikan kehendak mereka dan lokasi sesuai adalah seperti di Istana Budaya,” katanya.

Katanya, akan ada beberapa kejutan bakal disaksikan penonton.

Lebih menarik, konsert berdurasi satu setengah jam hingga dua jam itu turut menampilkan kumpulan Headwind yang menaikkan nama Zainal.

Selain itu, dia juga akan memperkenalkan Zainal Abidin 2024. “Di situ juga, saya akan persembahkan lagu Hijau, tetapi dalam versi asal yang belum pernah diperdengarkan. Versi ini adalah versi paling asal sebelum versi yang kita semua sedia tahu wujud,” katanya. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles