fbpx

Sekumpulan murid AS buat persembahan choral speaking dalam bahasa Melayu buat ramai kagum

KUALA LUMPUR: Video sekumpulan murid membuat persembahan bicara berirama (choral speaking) di Colorado, Amerika Syarikat dalam bahasa Melayu membuatkan netizen kagum.

Walaupun persembahan itu berlangsung pada April lalu, video itu kembali menjadi tontonan baru-baru ini selepas koreografer Fairuz Fee Tauhid berkongsi di akaun Tiktok miliknya.

Fairuz Fee Tauhid membuat koreografi persembahan bertenaga dan menyeronokkan berjudul ‘Kira!’ karya yang ditulis oleh pemuzik Malaysia, Tracey Wong yang kini menetap di Ontario, Kanada.

Persembahan menarik seperti digambarkan oleh Tracey, memberi penghormatan kepada melodi rakyat Melayu sambil mengaitkan permainan ‘kiraan’ tempatan dan iringan peringatan dalam persembahan itu.

“Ia mengangkat peranan warga emas dalam komuniti Malaysia dalam menyampaikan ajaran hidup kepada golongan muda dengan cara menyeronokkan dan dengan cara menghiburkan,” kata Tracey sambil menyatakan rasa terima kasihnya atas pengiktirafan yang diterimanya atas karya itu.

Persembahan Bicara Berirama Kanak-Kanak Colorado dalam bahasa Melayu membuatkan ramai kagum – Sumber gambar Berita Harian Online

Peribahasa popular, ‘Sediakan payung sebelum hujan’ kiasan yang bermaksud bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan, antara yang didengari dalam lirik nyanyian, antara pepatah yang kerap didengari dan difahami kebanyakan rakyat Malaysia.

Menurut pengguna tiktok, Dorthea, berkata Tracey banyak buat bicara berirama dan koir guna lagu Melayu terutama lagu kanak-kanak.

“Tracy Wong banyak buat koir guna lagu Melayu lagi-lagi lagu kanak-kanak dan banyak juga koir dan bicara berimara luar negara guna dia punya lagu, boleh tengok dekat YouTube,” katanya.

Bagi Ummirose, persembahan itu itu memartabatkan bahasa Melayu.

“Martabatkan bahasa Melayu di pentas dunia,” tulisnya di komen TikTok Fairuz yang mendapat lebih 1.1 tontonan. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles