Jakarta tetap “macet” meski sebahagian penjawat awam WFH

JAKARTA: Pemangku Gabenor Jakarta, Heru Budi Hartono menyatakan pentadbiran wilayah ini tidak boleh disalahkan ekoran kesesakan trafik yang masih berlaku biarpun sebahagian penjawat awam diarahkan bekerja dari rumah atau work from home (WFH).

Terdahulu, Heru mengarahkan semua penjawat awam di Jakarta supaya bekerja dari rumah sejak Isnin lalu bagi mengatasi masalah pencemaran udara yang semakin kronik.

“Jangan salahkan pentadbiran jika masih berlaku kesesakan trafik di sekitar Jakarta kerana kami sudah pun mengambil langkah yang sewajarnya.

“Lagi pun, jumlah penjawat awam di Jakarta tidak boleh dibandingkan dengan populasi di bandar raya ini.

Heru berkata kesesakan lalulintas disebabkan oleh pergerakan sebanyak 25 juta kenderaan sehari berbanding dengan penjawat awam di Jakarta hanya 25,000 orang

“Penjawat awam berjumlah 25,000 manakala pergerakan warga Jakarta pula dianggarkan sebanyak 25 juta, jadi sudah tentu masalah kesesakan trafik masih berlaku,” katanya.

Selain itu, Heru juga memberitahu, pihak berkuasa Jakarta akan memantau penjawat awam yang bekerja dari rumah supaya tidak melakukan aktiviti semasa waktu bekerja.

Jakarta terkenal dengan ibukota “macet” disebabkan jumlah kenderaan yang banyak

“Saya akan arahkan pihak berkuasa supaya memantau semua penjawat awam yang bekerja dari rumah agar mereka tidak mencuri tulang semasa waktu kerja.

“Ketua jabatan masing-masing perlu ambil perhatian dan jangan leka mengenai pekerja mereka sewaktu bekerja.

“Ketua masing-masing boleh melakukan panggilan video untuk melihat sama ada pekerjanya ada di rumah atau di tempat lain,” ujarnya.

Langkah bekerja dari rumah itu bukan sahaja bertujuan mengurangkan pencemaran udara, malah bagi mengurangkan kesesakan trafik menjelang Persidangan ASEAN pada 5 hingga 7 September ini. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles