fbpx

Rancangan realiti masih relevan pada hari ini? – Amylea

PROGRAM realiti televisyen (TV) yang diwujudkan untuk mencari bakat nyanyian berdepan perubahan sejak ia diperkenalkan kepada masyarakat sekitar awal era 70 an lagi.

Kita melihat, sepanjang lebih lima dekad, bermacam-macam jenis pertandingan nyanyian TV yang diwujudkan untuk memenuhi citarasa dan permintaan penonton.

Dunia penyiaran tempatan tidak kurang meriah menayangkan rancangan TV berkonsepkan pertandingan nyanyian seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Bintang RTM, One In A Million dan banyak lagi.

Amylea mempersoalkan relevan di sebalik kemunculan reality TV sekarang

Rancangan tersebut kemudian berevolusi dengan pelbagai idea dan konsep lebih baru antaranya seperti Mask Singer Malaysia, All Together Now, Mentor, Vokal Mania, Gegar Vaganza dan banyak lagi.

Selepas lambakan idea original dan adaptasi, penerbit dan stesen TV mungkin sudah buntu memikirkan konsep apa lagi yang ingin mereka ketengahkan. 

Kebuntuan itu akhirnya menimbulkan persoalan, adakah rancangan TV seperti ini masih relevan? Dengan lagi adanya platform media sosial yang sudah seakan mengambil alih peranan TV.

Bagi komposer dan penyanyi berbakat besar, Amylea Azizan, dia tidak menolak ada penonton yang bosan dan keliru dengan kewujudan muka sama, baik juri atau peserta dalam satu atau dua program nyanyian realiti TV tempatan.

Kata Amylea perkara tersebut menimbulkan persepsi bahawa industri hiburan kekurangan bakat walhal realitinya ia tidaklah begitu.

Rancangan realiti yang berbeza dengan konsep biasa yang wujud di Malaysia

“Saya sendiri pun adakalanya keliru apabila juri, peserta dan hos untuk program realiti A sama dengan yang B. 

“Saya faham mungkin keadaan ini berlaku sebab yang dipilih itu bagus dan popular. Tapi saya tidak nafikan ia akan membuatkan penonton bosan. 

“Isu ini sama halnya dengan drama. Penonton pasti keliru kalau pelakon yang berlakon itu sama untuk dua tiga drama yang ditayangkan dalam tempoh berdekatan,” katanya.

Bagaimanapun Amylea tidak menolak idea yang bagus membolehkan satu-satu program realiti TV itu kekal relevan dan bertahan untuk masa yang lama.

“Program seperti ini akan relevan sampai bila-bila sebab menontonnya adalah antara hobi paling popular di dunia. Lebih lagi apabila masyarakat satu-satu negara itu memang sukakan hiburan berbentuk nyanyian dan persembahan.

“Tetapi konsep, idea dan kualiti perlu ditambah baik dari semasa ke semasa. Ini berlaku kepada negara jiran seperti Indonesia dan Thailand yang mana mereka ke depan dalam mencipta program nyanyian TV yang berkualiti.

“Program realiti nyanyian yang bagus mampu mengetengahkan menjadi batu loncatan penyanyi-penyanyi baru yang bagus,” kongsinya. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles