fbpx

Harimau Malaya tekad tewaskan Tajikistan

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya tidak sabar untuk mengecewakan Tajikistan dan pengendali Harimau Malaya berjanji tiada istilah belas kasihan kepada lawannya itu menjelang aksi final Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

“Kenapa dia (Segrt) menangis sebelum perlawanan bermula? Itu adalah satu sikap yang tidak baik, sebelum perlawanan bermula sudah beri alasan hadir ke kejohanan ini tanpa 15 tonggak utama.

“Sudah pastinya kita mahu menang kerana kita dalam laluan terbaik untuk mencapai ranking 120 terbaik dunia. Kita cukup agresif dan menguasai perlawanan cuma ada beberapa perkara harus diperbaiki supaya dapat mengekalkan keputusan positif,” katanya.

Kim Pan Goon dan tunggak Harimau Malaya, Dion Cools dalam sidang akhbar sempena pertemuan dengan Tajikistan

Dalam pada itu, Tonggak Harimau Malaya, Dion Cools yakin Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk menundukkan Tajikistan.

Cools yang berdarah kacukan Malaysia-Belgium berkata, bermain di gelanggang sendiri kali ini akan memberikan semangat dan motivasi yang lebih kepada Harimau Malaya berbanding ketika Piala Raja Thai tahun lalu.

“Kita dah ada pengalaman menentang mereka Piala Raja Thai tahun tahun lalu, juga pada perlawanan akhir. Tetapi, sekarang kita bermain di gelanggang sendiri jadi ia memberi semangat dan motivasi yang lebih kepada kami.

“Saya rasa kita ada peluang yang baik untuk menang dan menjulang trofi dihadapan penyokong sendiri. Ini juga peluang untuk hadiahkan trofi pertama buat Kim Pan Gon,” katanya dalam sidang akhbar menjelang aksi final Pestabola Merdeka 2023 semalam.

Pemain pasukan Harimau Malaya

Mengulas mengenai persiapan pasukan, Cools berkata, dia dan rakan sepasukan bersedia untuk mengikut segala perancangan Pan Gon termasuk jika pengendali dari Korea Selatan itu mahu mengubah taktikal dalam aksi final.

“Prestasi skuad Harimau Malaya meningkat setiap perlawanan dan apa yang boleh saya katakan gaya dan taktikal ditampilkan berbeza dalam pasukan kebangsaan dan bersama kelab.

“Barisan pemain perlu berusaha menyesuaikan diri dengan pendekatan baru diperkenalkan Pan Gon demi memastikan pasukan berada pada tahap lebih baik,” katanya yang kini beraksi dengan kelab Thailand, Buriram United.-(Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles