fbpx

Sindiket penipuan ‘online’ dan pengawal keselamatan kondominium di Kuala Lumpur kemungkinan bersubahat

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan pemeriksaan terhadap pengawal keselamatan di kondominium sekitar ibu negara yang dipercayai bersubahat dengan sindiket penipuan dalam talian atau online.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata hampir 20 serbuan ke pusat panggilan sindiket penipuan dalam talian beroperasi di kondominium mewah sekitar ibu negara dijalankan pihaknya dalam dua bulan kebelakangan dan menahan 343 individu.

“Bagaimana pengawal keselamatan sesebuah kondominium mewah boleh benarkan warga asing masuk dengan senang sedangkan kita sendiri (polis) nak masuk pun susah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata kebanyakan sindiket penipuan dalam talian beroperasi di kondominium

“Sebab itu, kami akan buat pemeriksaan terhadap pengawal keselamatan di kondominium yang mungkin bersengkongkol dengan sindiket ini,” katanya kepada media selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Allaudeen berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur menjalankan 1,311 serbuan membabitkan jenayah dalam talian sejak Januari hingga September lalu.

“Daripada jumlah itu, seramai 855 individu ditahan dengan 10 sudah dituduh di mahkamah, selebihnya masih dalam siasatan. Sebanyak 71 kertas siasatan dibuka membabitkan serbuan ke pusat panggilan sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur menjalankan 1,311 serbuan membabitkan jenayah dalam talian sejak Januari hingga September

Beliau berkata, badan pengurusan bersama (JMB) di setiap kondominium perlu bertanggungjawab dengan melakukan pemantauan dan sepatutnya melarang sekiranya mengesan sebarang aktiviti pusat panggilan beroperasi di kediaman berkenaan.

“Kita tidak mahu Kuala Lumpur menjadi lubuk sindiket penipuan dalam talian, ia memberi imej buruk kepada kita,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Allaudeen memaklumkan, pihaknya turut melaksanakan serbuan secara berterusan ke atas pusat hiburan yang menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO).

“Saya sudah mengarahkan ketua polis daerah untuk melaksanakan Op Noda di pusat hiburan yang menggajikan pekerja asing tanpa permit, melanggar syarat atau tiada kelulusan daripada pihak berkuasa,” katanya. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles