fbpx

Pulau Pinang catat penganiayaan haiwan ketiga tertinggi

BUKIT MERTAJAM: Pulau Pinang menjadi negeri ketiga yang merekodkan jumlah aduan tertinggi berkaitan kebajikan dan penganiayaan terhadap haiwan selepas Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata, ini berdasarkan jumlah aduan yang diterima oleh pihaknya sejak empat tahun lalu.

Katanya, pada 2019, jumlah aduan yang diterima adalah sebanyak 101 kes dan terus meningkat pada 2020 dan 2021 kepada masing-masing 110 dan 142 kes.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata kes penganiayaan terhadap haiwan meningkat dari 142 kes pada 2021 kepada 176 kes pada tahun 2022

“Sepanjang tahun lepas, aduan yang diterima bertambah kepada 176 dan untuk tempoh 11 bulan pertama tahun ini sahaja iaitu sehingga hari ini (16 November), JPV Pulau Pinang menerima sehingga 236 aduan.

“Ini secara tidak langsung menunjukkan tahap kesedaran serta keprihatinan masyarakat di negeri ini terhadap kesejahteraan haiwan khususnya semakin meningkat dan bertambah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Saira Banu memberitahu, ketika ini, pelbagai bentuk inisiatif dan hebahan kepada orang awam telah dilaksanakan bagi tujuan memupuk kesedaran berkaitan kebajikan haiwan di Pulau Pinang.

Bas Rapid Penang bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap Kempen Kebajikan Haiwan (Sumber Gambar – Utusan Malaysia Online)

Beliau berkata, antaranya ialah menerusi kempen seperti Roadshow Kebajikan Haiwan di Mydin Mall di sini, serta pemasangan papan tanda di sekitar kawasan pasar awam di seluruh negeri.

Menurutnya, inisiatif lain yang turut digerakkan ialah menerusi penyampaian khutbah Jumaat yang menyentuh mengenai isu-isu berkaitan tanggungjawab serta belas ihsan sesama makhluk selain penyertaan dalam pelbagai pameran yang dianjurkan oleh jabatan serta agensi berkaitan.

“Bermula tahun lepas dan tahun ini juga, JPV Pulau Pinang mula mengambil langkah meluaskan cara dan bentuk Kempen Kebajikan Haiwan iaitu dengan mengguna pakai perkhidmatan Bas Rapid agar hebahan dapat dibuat dengan lebih meluas, menyeluruh serta berkesan.

“Dalam hal ini, sebanyak lima buah bas Rapid (Penang) digunakan dan perjalanan Bas Rapid ini akan melalui semua laluan di seluruh negeri ini dengan kekerapan sebanyak enam kali sehari,” katanya. – (Sumber Utusan Malaysia)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles