fbpx

Kementerian Perpaduan Negara Sasar Keharmonian Pelbagai Kaum dalam Liga Sukan Uniti Peringkat Kebangsaan 2023

Kenapa bukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menganjurkan Liga Sukan Uniti? Kenapa Kementerian Perpaduan Negara (KPN) pula yang menganjurkan acara sukan?

Persoalan sedemikian pasti terdetik di hati anda. Inilah keunikan Liga Sukan Uniti yang dianjurkan oleh KPN.

Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara, Mohd Rizal Nawabjam menegaskan, pihak kementerian bukanlah fokus kepada pencarian bakat semata-mata. Namun perkara paling utama dalam liga sukan ini adalah perpaduan.

Mohd Rizal Nawabjam

“Atas sebab itulah, syarat utama untuk setiap pasukan bermain dalam liga sukan adalah ahli-ahlinya perlu terdiri daripada pelbagai kaum. Tanpa ahli pelbagai kaum, pasukan mereka tidak layak untuk menyertai pertandingan ini,” kata Mohd Rizal dalam temu bual bersama RTM.

Liga Sukan Uniti mula diperkenalkan pada tahun 2022. Ketika itu, hanya dua jenis sukan dipertandingkan iaitu futsal dan bola jaring. Atas dasar sambutan menggalakkan, pada tahun 2023, ditambah lagi dua sukan iaitu badminton dan bola keranjang.

“Tahun ini, jumlah penyertaan amat menggalakkan. Dianggarkan seramai 14,000 peserta menyertai kejohanan ini pada peringkat negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan. Juara-juara di peringkat negeri akan mewakili negeri masing-masing dan bertanding di peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung pada Sabtu, 18 November 2023 ini,” ujarnya lagi.

OBJEKTIF PUPUK PERPADUAN

Dalam temu bual bersama RTM, Mohd Rizal turut mengambil contoh Pesta Bola Merdeka yang baru berlangsung baru-baru ini. Suasana ketika pesta tersebut, semua kaum bersatu hati menyokong pasukan bola yang sama. Semangat perpaduan dan keharmonian dizahirkan melalui semangat kesukanan.

“Itulah yang menjadi inspirasi kami. Kami tidak mencari bakat semata-mata. Kami ingin wujudkan perpaduan dan zahirkan melalui sukan. Ahli setiap pasukan perlu ada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Juga boleh masukkan etnik Sabah, Sarawak yang mewarnai negara kita ini,” tambahnya.

Momen ketika pertandingan Liga Sukan Uniti amat menarik apabila dalam satu-satu lokasi terdapat pelbagai kaum yang berada di satu tempat dengan objektif yang sama iaitu untuk bersukan.

“Harapan kami, dalam jangka masa pendek, seluruh masyarakat bersatu hati disebabkan sukan. Namun untuk jangka masa panjang, perpaduan itu boleh terjadi dengan sendirinya. Negara kita ini unik kerana kita terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Disebabkan itulah, kita perlu bersatu hati supaya negara kita kekal harmoni sampai bila-bila,” katanya menutup bicara.

INFORMASI LIGA SUKAN UNITI PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

TARIKH: 18 NOVEMBER 2023

BADMINTON

Acara badminton diadakan di Dewan Badminton ILSAS.

FUTSAL

Acara futsal diadakan di Uptown Sport Bangi.

BOLA KERANJANG

Acara bola keranjang diadakan di Sport Arena UNITEN.

BOLA JARING

Acara bola jaring diadakan di Sport Arena UNITEN.

Modachi Sdn Bhd dilantik sebagai penyelaras bagi acara Liga Sukan Uniti 2023 ini. Modachi menguruskan peserta, pakaian, venue dan juga kebajikan misalnya pengangkutan serta makanan bagi peserta sukan ini.

Orang ramai dijemput datang beramai-ramai untuk memeriahkan suasana.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles