Tuan daftar anak kambing masuk acara larian

Kuala Lumpur: Bukan kucing tapi anak kambing. Haiwan itu yang dibawa Muhammad Firdauz Mohd Rasid, 38, untuk menyertai acara larian sehingga perhatian ramai.

Muhammad Firdauz berkata, Larian Perpaduan 2023 yang diadakan di Mranti Park, Bukit Jalil pada 31 Disember lalu adalah penyertaan kedua anak kambingnya yang diberi nama Nami berusia lima bulan.

Menurutnya, kedua-dua larian didaftarkan atas nama Nami manakala dia pula menjadi peneman pada hari acara.

“Acara larian pertama Nami pada Unicorn Run di Putrajaya. Kedua-dua acara ini sejauh lima kilometer (km).

“Saya memang daftar atas nama Nami dan sebab itu ia pakai bip (nombor). Kiranya, ia peserta dan saya adalah penemannya.

“Saya memang suka menyertai acara larian cuma sejak membela Nami daripada waktu putus susu pada Julai lalu, saya tengok ia suka berlari. Sebab itu saya bawa ia masuk acara larian, dalam masa sama, saya memang latih ia berlari,” katanya kepada Harian Metro.

Muhammad Firdauz menyertai Larian Perpaduan 2023 bersama Nami (Sumber Gambar : Harian Metro Online)

Menurutnya, dia juga memberi layanan istimewa kepada Nami seperti membawanya bersiar-siar.

Dia berkata, penjagaan Nami daripada baka Pygmy Goat tidak memerlukan kos tinggi.

“Sama macam orang lain yang ada haiwan peliharaan, begitu juga layanan saya terhadap Nami. Selain menyertai acara larian, saya juga bawa ia berjalan-jalan dan berlari di taman rekreasi yang membenarkan haiwan peliharaan masuk.

“Memandangkan ia daripada baka Pygmy Goat, saya juga bawa ke klinik haiwan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai habitatnya. Kalau segi penjagaan pula, tidak rumit macam kucing atau haiwan lain.

“Nami saya letak dalam kandang khas dan ia makan kulit soya, rumput gajah dan minum air biasa. Anggaran sebulan antara RM100 hingga RM200. Jadi, tidaklah terlalu tinggi,” katanya.

Menurutnya, anak kambing betina itu dibeli pada harga RM3,000 daripada rakannya dengan seekor lagi anak kambing jantan diberi nama Merry berharga RM2,200. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles