fbpx

Team Kosmopolitan Enjoy Tonton Filem Pendekar Awang

Pada 11 Januari 2024 yang lepas, team Kosmopolitan dijemput ke sesi Meet & Great bersempena Tayangan Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah di GSC Melawati Mall, Kuala Lumpur. Sebagai peminat filem berbentuk historikal, kami memang teruja untuk menonton filem ini selain filem Mat Kilau yang pernah memberi impak besar dalam industri perfileman negara.

Team Kosmopolitan Haziqah (bertudung hitam) dan Hana (bertudung pink) bersama Fattah Amin dan Nur Fazura.

Dengan dibarisi pelakon terkenal iaitu Fattah Amin dan Nur Fazura serta pelakon handalan seperti Nam Ron dan Wan Hanafi Su, sudah semestinya kami meletakkan harapan tinggi kepada filem ini.

Kami tidak menafikan sinematografi filem terbitan Studio Kembara ini adalah antara yang terbaik seperti filem-filem sejarah yang pernah kami tonton sebelum ini.

Pengarah Saiful Reza Shukor dan Shaharudin Md Dali itu berjaya memasukkan elemen ‘seronok untuk ditonton’ dalam setiap scene filem ini. Atas sebab itulah, kami kekal di kerusi menonton hingga tamat tayangan filem.

Selepas Mat Kilau, Studio Kembara sekali lagi menerbitkan filem berbentuk sejarah dengan memilih watak Awang sebagai teraju utamanya. Walaupun watak Awang ini dilihat sebagai antagonis dalam filem Mat Kilau, namun pada awal filem Pendekar Awang ni, watak Awang dilihat melahirkan kekesalan terhadap apa yang telah dilakukan sebelum ini.

Filem Pendekar Awang berkisar perjalanan Tok Gajah dan pahlawan Melayu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pendekar di negeri itu. Peristiwa berlaku di Pahang, selepas pertempuran terakhir Mat Kilau di Kuala Tembeling, apabila British mengarahkan Kapten Syers menangkap Tok Gajah.

Pendekar Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong dan memastikan Tok Gajah selamat meninggalkan Pahang ke Terengganu. Pendekar Awang menghadapi pelbagai rintangan dan pertempuran dengan askar British yang diketuai oleh Kapten Syers.

Watak wanita dalam filem ini juga perlu diberi perhatian. Antara watak wanita sebagai srikandi ialah Nur Fazura sebagai Sayang, Datin Sri Heliza Helmi sebagai Siti, Hazwani Helmi sebagai Minah dan Tissa Biani sebagai Besah.

Mereka ini bukanlah wanita biasa-biasa kerana kesanggupan untuk turun ke medan pertempuran demi memastikan tanah air terbela sepenuhnya. Bertarung dengan keadaan pakaian menutup aurat, sedikitpun tidak menjatuhkan maruah sebagai wanita yang dianggap lemah.

Apa yang boleh team Kosmopolitan berikan sebagai ulasan selepas menonton filem ini, adalah kami enjoy! Filem sebegini boleh menyuntik semangat cinta akan negara dan menghargai pejuang-pejuang tanah air suatu ketika dahulu. Kami sarankan kepada anda semua pergilah menonton filem ini bersama-sama seisi keluarga. Sangat berbaloi!

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah dibintangi Fattah Amin, Nur Fazura, Wan Hanafi Su, Nam Ron, Nadhir Nasar, Amir Ahnaf, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Amerul Affendi dan Hasnol Rahmat.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles