fbpx

Pan Gon Mohon maaf prestasi buruk Malaysia

DOHA: Gugup dan taktikal kurang menjadi dilihat antara faktor Harimau Malaya tumpas 0-4 kepada Jordan dalam aksi Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, awal pagi tadi.

Semua pihak boleh nampak betapa barisan pemain Harimau Malaya gagal mempamerkan persembahan sebenar seperti yang dilakukan mereka dalam beberapa aksi sebelum ini.

Ia berkemungkinan besar disebabkan faktor pengalaman di pentas besar seperti Piala Asia dan gugup yang mana menjejaskan keyakinan mereka untuk memberikan tentangan lebih hebat kepada barisan pemain Jordan.

Tidak dinafikan Jordan mempamerkan permainan yang lebih kemas dan berkualiti terutama ketika menyerang dengan barisan pemain mereka berjaya memecahkan benteng Harimau Malaya.

Berdasarkan statistik, Malaysia menguasai 52.1 peratus permainan berbanding Jordan (47.9 peratus), namun apa yang membezakan kedua-dua pasukan itu adalah keberkesanan anak buah Hussein Ammouta dalam mengatur gerakan dan mencipta jaringan.

Pemain Jordan ceria meraikan gol

Keputusan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon meletakkan pemain naturalisasi, Romel Morales dalam kesebelasan utama pada aksi penting seperti itu juga boleh dianggap mengejutkan.

Apa tidaknya, ia adalah penampilan sulung Morales bersama Harimau Malaya dengan dia kali pertama bergandingan di bahagian serangan bersama Faisal Halim, Darren Lok dan Arif Aiman Hanapi di pentas antarabangsa.

Selain itu, kelihatan terdapat kelemahan di bahagian pertahanan dengan jentera serangan Jordan tampak mudah untuk mencipta peluang dan mendapatkan jaringan.

Semua perkara itu harus diperbaiki menjelang aksi kedua menentang Bahrain, Sabtu ini yang mana Harimau Malaya tidak boleh tewas sekiranya mahu menghidupkan peluang ke pusingan 16 terakhir.

Malah, terdapat kemungkinan besar Pan Gon akan menggunakan taktikal berbeza untuk berdepan Bahrain susulan apa yang terjadi dalam aksi menentang Jordan. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles