fbpx

Neelofa turut jadi mangsa sindiket pelaburan yang menggunakan namanya

KUALA LUMPUR : Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa mengingatkan orang ramai agar tidak menekan butang klik pada pautan dihantar sindiket pelaburan atas talian atau scammer dalam Instagram yang cuba memperdayakan wang menggunakan namanya.

Dalam satu hantaran di Instagram, Neelofa berkata, segala paparan artikel palsu dihantar pihak terbabit yang menyatakan dia berjaya meraih pendapatan lumayan hanya dengan klik pada pautan tersebut hanya mahu memancing mangsa.

“Kalau sesiapa baca ini, atau ternampak tajaan iklan serta berita dalam Instagram seperti saya tunjukkan ini, itu semua adalah adalah scam.

Tolong jangan tekan link (pautan) dalam artikel itu, antaranya sebab temu bual itu cuma naratif mereka sendiri untuk menipu orang Malaysia.

Foto video dan suara Neelofa kerap dijadikan modal pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan menipu orang ramai

“Dengan kes ‘interview’ yang sangat palsu serta pautan diberi itu untuk curi duit anda semua, jangan terpedaya dengan konten artikel yang semuanya palsu,” katanya.

Amaran yang dibuat isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail itu turut disertakan paparan artikel serta gambar palsu seperti didakwanya.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, itulah modus operandi digunakan scammer supaya orang tertarik dengan iklan mendapatkan wang menerusi cara mudah.

“Ini salah satu cara atau jalan untuk membuatkan orang percaya kononnya saya buat duit hanya melalui pautan tersebut,” katanya.

Terdahulu, foto video dan suara Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 34, kerap dijadikan modal pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan menipu orang ramai.

Terbaharu, videonya digunakan untuk menjual dan mempromosikan pakaian dalam wanita sehingga dia menyelar tindakan scammer berkenaan sama seperti golongan terlaknat, Yahudi. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles