Intan Najuwa nampak ‘berisi’ manakala suami makin kurus

SUAMI kepada pelakon, Datin Intan Najuwa, Datuk Ahmad Azraf Azman mencuri perhatian netizen apabila ditegur kelihatan seperti mengalami penurunan berat badan dan semakin kurus berbanding sebelum ini.

Menerusi sekeping foto yang dikongsikan Intan dalam Instagram miliknya, ramai memuji penampilan suaminya yang kini kelihatan lebih segak dan tampan sejak mendirikan rumah tangga.

“Kenapa nampak Datuk dan kurus?” tegur seorang netizen.

“Lain betul Datuk sekarang. Pandai isteri jaga. Nampak segak. Alhamdulillah, semoga bahagia hingga ke Jannah,” kata seorang lagi pengikutnya.

“Datuk nampak kurus, makin segak dan comel,” kata seorang pengguna Instagram.

Menjawab pujian yang ditinggalkan netizen, Intan mengakui sebagai isteri, dia bertanggungjawab untuk menjaga penampilan suami supaya kelihatan lebih terurus.

“Dah ada bini (isteri), bini jagalah supaya kelihatan lebih kurus, handsome (tampan),” ujarnya.

Intan Najuwa dikatakan netizen makin berisi manakala suaminya dipuji makin kurus

Dalam hantaran sama, Intan turut disangka netizen kini sedang hamil apabila perutnya kelihatan ‘berisi’.

“Kenapa nampak macam ada ‘baby bump’? Kalau ada alhamdulillah,” kata seorang peminatnya.

Tidak melenting dengan dakwaan tersebut, pelakon berusia 27 tahun itu menjawab soalan netizen dengan memberikan jawapan secara berseloroh.

“Alamak! Itu bukan baby bump, itu ‘food bump’. Baru lepas makan nasi orang kahwin (kenduri). Baju yang sendat, macam nak terkoyak dah,” seloroh Intan.

Terdahulu, sejak mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos lalu di sebuah resort di Desaru, Johor, Intan sering menjadi sorotan orang ramai apabila dilihat kerap dimanjakan dengan kehidupan mewah oleh suaminya.

Netizen bagaimanapun tidak mengecam, sebaliknya merasakan dia layak memiliki kemewahan daripada suami kerana memiliki pakej lengkap iaitu cantik, bijak dan pandai menguruskan rumah tangga. – (Sumber KOSMO! Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles