fbpx

Tun Musa Hitam alami kecederaan bahagian kepala

KUALA LUMPUR : Veteran politik, Tun Musa Hitam dilaporkan mengalami masalah kesihatan serius susulan kecederaan yang dialami akibat terjatuh di rumahnya.   

Perkara itu disahkan sendiri oleh Musa menerusi WhatsApp secara ringkas berhubung perkara itu.

“Sihat..tetapi tidak berapa sihat,” katanya ringkas.

Turut ditanya adakah kecederaan yang dialaminya itu serius, Musa berkata: “serius.”  Bagaimanapun, salah seorang kenalan rapatnya memberitahu yang veteran politik tersebut mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Tun Musa Hitam ketika selamat menjalani pembedahan otak sekitar tahun lalu

Jelas sumber lagi, kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu lalu, namun difahamkan beliau kini dalam keadaan stabil.

Musa merupakan Timbalan Perdana Menteri kelima di Malaysia dari 1981 hingga 1986 di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Musa juga sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri pada tahun 1981-1986, selain beberapa jawatan dalam kerajaan seperti Pengerusi FELDA, Timbalan Menteri Perdagangan & Industri, Menteri Perusahaan Utama (1974-1978) dan Menteri Pendidikan (1978-1981). – (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles