fbpx

Ronaldo anggap anugerah “hilang kredibiliti”

LONDON: Cristiano Ronaldo mendakwa anugerah sudah “hilang kredibiliti” selepas dia diketepikan oleh Ballon d’Or dan The Best FIFA.

Bekas bintang Manchester United itu meninggalkan liga utama untuk menyertai Al-Nassr pada awal tahun 2023.

Ronaldo, 38, meledak banyak gol dalam Liga Pro Saudi, mengumpul 54 gol sepanjang tahun 2023.

Dengan jaringannya hadir di tahap lebih rendah, Ronaldo tidak disenaraikan dalam 30 pemain bagi Ballon d’Or, yang dimenangi buat kali kelapan oleh Lionel Messi.

Dia juga gagal berada dalam senarai calon bagi anugerah pemain terbaik lelaki The Best FIFA.

Ronaldo tampil pada Anugerah Bolasepak Globe di Dubai minggu ini, yang mana dia meraih anugerah pemain terbaik tahunan pilihan peminat, pemain terbaik Timur Tengah dan penjaring gol terbanyak.

Ketika satu interviu panjang lebar bersama akhbar Portugal, Record, Ronaldo mengeluh kerana diketepikan daripada Ballon d’Or dan The Best.

Dia berkata: “Saya fikir, dari satu segi, anugerah ini sudah hilang kewibawaannya. Anda perlu menganalisis sepanjang musim.

Haaland dan Mbappe antara mereka yang tercalon dalam anugerah Ballon d’Or

“Bukannya saya katakan Messi tidak berhak, atau (Erling) Haaland mahupun (Kylian) Mbappe.

 Saya hanya tidak percaya lagi dengan anugerah ini.

“Juga bukan kerana saya menang di Globe Soccer. Namun ia adalah fakta, ia mengenai angka dan angka tidak menipu anda.

“Mereka tidak boleh merampas trofi ini daripada saya kerana ia adalah realiti. Jadi ia membuatkan saya lebih gembira kerana angka adalah fakta.”

Bekas bintang Real Madrid itu, yang memenangi lima Ballon d’Or, kemudian menambah: “Kami tahu bagaimana pertubuhan lain berfungsi.

“Jelasnya, saya sering memikirkan mengenai kelab saya dan pasukan kebangsaan terlebih dahulu.

“Anugerah hadir selepas satu musim yang bagus buat kelab dan pasukan kebangsaan. Saya tidak terlalu memikirkannya mengenainya, secara jujurnya.

“Seperti yang anda katakan, 54 gol yang saya jaringkan, mungkin ada yang kata ia lebih mudah kerana saya beraksi di Arab Saudi. Namun bola sepak profesional tahu betapa sukarnya menjaringkan gol, sama ada di Arab Saudi atau di Itali, Sepanyol atau Portugal.

“Gol adalah gol. Dari satu segi, saya berasa lebih berbangga untuk mengalahkan Haaland, Mbappe dan (Harry) Kane.” – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles